[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Perancis negara pertama wajibkan pasar raya derma makanan tidak habis dijual

Madiha Abdullah 06/02/2016 | 05:45 MYT
Pihak pengurusan pasaraya boleh memilih untuk mendermakan barang-barang berkenaan sama ada ke pusat kebajikan atau bank makanan.
Perancis menjadi negara pertama mewajibkan pasar raya di negara itu mendermakan barangan makanan yang tidak habis dijual kepada mereka yang memerlukan.
Undang-undang itu dilaksanakan selepas menerima undi majoriti daripada anggota Senat pada Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Membuang makanan, khususnya barangan dapur yang tidak habis dijual, kini merupakan satu kesalahan di Perancis.
Pengurusan pasar raya yang didapati melakukannya akan berdepan hukuman denda sehingga £53,000 (RM319,823).
Semua pasar raya dengan keluasan sekurang-kurangnya 400 meter persegi perlu mematuhi peraturan ini.
Pihak pengurusan pasaraya boleh memilih untuk mendermakan barang-barang berkenaan sama ada ke pusat kebajikan atau bank makanan.
Perancis kini dilaporkan akan cuba meluaskan undang-undang itu ke seluruh Kesatuan Eropah (EU).
#pasaraya #Perancis #undang-undang