PARIS: Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal maklumkan, pihak berkuasa negara itu sedang mengawasi lebih 500 sekolah kemungkinan ada pelajar melanggar larangan yang baharu diumumkan berhubung pemakaian abaya, ketika sekolah mula dibuka, pada Isnin.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan ia mengharamkan pemakaian abaya di sekolah atas alasan ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang menyaksikan tudung diharamkan.

Tindakan itu menggembirakan parti politik berhaluan kanan politik, tetapi pihak berhaluan kiri berpendapat ia satu penghinaan terhadap kebebasan awam.

Terdapat 513 pertubuhan yang dikenal pasti di mana pihak berkuasa bimbang dengan isu ini pada permulaan tahun persekolahan.

Attal berkata, tindakan dilakukan sebelum permulaan tahun persekolahan bagi memantau sekolah yang mungkin menimbulkan masalah.

Dalam hal ini katanya penambahan nazir terlatih akan ditempatkan di sekolah tertentu.

Terdapat kira-kira 45,000 sekolah di Perancis, dengan 12 juta murid kembali ke sekolah pada Isnin.

Golongan kiri keras menuduh kerajaan Presiden Emmanuel Macron cuba menjadikan larangan abaya untuk bersaing dengan Marine Le Pen.

Attal, bagaimanapun berkata beliau menentang larangan ke atas ibu bapa apabila mereka menemani anak ke sekolah.

Katanya, terdapat perbezaan antara apa yang berlaku di sekolah dan apa yang berlaku di luar sekolah.

Apa yang penting ujar beliau ialah, apa yang berlaku di sekolah, bukan sebaliknya.

Beberapa tokoh terkemuka berhaluan kanan menyeru kerajaan menjadikan kanak-kanak memakai pakaian seragam di sekolah negeri dan Attal berkata akan mengumumkan percubaan pakaian seragam pada musim luruh nanti.

Undang-undang yang diperkenalkan pada Mac 2004 melarang “pemakaian berlambang atau pakaian yang menunjukkan kaitan agama” di sekolah.