DUNIA
Perancis pulangkan dua panda ke China lebih awal akibat masalah kesihatan
Anak panda berusia empat bulan bernama Yuan Meng, yang bermaksud “tercapainya sebuah harapan” atau “impian yang menjadi kenyataan”, dirakam semasa majlis penamaan di Zoo Beauval, Saint-Aignan-sur-Cher. - Foto AP
TOURS: Dua ekor panda di sebuah zoo di tengah Perancis akan dipulangkan ke China pada November ini selepas salah seekor daripadanya didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang, kata pengarah taman itu kepada AFP pada Isnin (22 Sept).
Huan Huan dan pasangannya Yuan Zi tiba di Beauval Zoo pada 2012 menerusi program “diplomasi panda” China, yang menghantar beruang hitam putih ikonik itu ke seluruh dunia sebagai duta kuasa lunak Beijing.
Kedua-dua panda tersebut, masing-masing berusia 17 tahun, sepatutnya ditempatkan di Perancis sehingga Januari 2027.
Namun, kedua-duanya akan dipulangkan lebih awal ke pusat perlindungan panda di Chengdu, jelas pengarah zoo, Rodolphe Delord.
“Panda betina itu mengalami kegagalan buah pinggang, sejenis penyakit kronik yang biasa dialami karnivor berusia lanjut. Kami membuat keputusan untuk menghantarnya pulang sebelum keadaannya bertambah serius,” katanya sambil menambah Huan Huan masih menunjukkan selera makan baik dan tingkah laku normal.
Menurut Delord, Huan Huan dan Yuan Zi dijangka kembali ke China pada November 2025 bagi menjalani fasa “persaraan dengan lebih tenang.”
Sepanjang berada di Perancis, pasangan itu berjaya menghasilkan tiga ekor anak panda – yang pertama dilahirkan di negara tersebut – sekali gus menjadi tarikan utama di Beauval Zoo, Saint-Aignan-sur-Cher.
Anak sulung mereka, Yuan Meng, telah dipindahkan ke China pada 2024, manakala pasangan kembar yang lahir pada 2021 akan terus kekal di zoo berkenaan buat sementara waktu bagi meningkatkan kesedaran pengunjung tentang kepentingan melindungi spesies ikonik itu.
Pada tahun lalu, status panda gergasi diturunkan daripada kategori “terancam” kepada “rentan” dalam senarai spesies berisiko global.
Delord turut menyatakan harapan untuk melanjutkan kerjasama dengan pihak China selepas 2027.
“Dan mungkin membawa masuk lebih banyak panda pada masa akan datang,” ujarnya.
Beauval Zoo menerima sekitar dua juta pengunjung pada 2023 dengan hasil kutipan mencecah kira-kira AS$133 juta. - Agensi