DUNIA
Perancis tahan lima suspek baharu kes rompakan permata di Muzium Louvre
Polis Perancis tahan lima lagi individu termasuk suspek utama kes rompakan permata Mahkota Perancis di Muzium Louvre, menjadikan jumlah tangkapan kepada tujuh orang. -Foto fail/Reuters
PARIS: Polis Perancis menahan lima lagi individu termasuk seorang suspek utama berhubung rompakan berani siang hari di Muzium Louvre yang melibatkan permata Mahkota Perancis bernilai €88 juta (RM440 juta), menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Paris, Laure Beccuau.
Ringkasan AI
Penahanan terbaharu itu dilakukan di sekitar wilayah Paris pada malam Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kepada tujuh orang.
Dua suspek pertama ditahan hujung minggu lalu, dipercayai terlibat secara langsung dalam pencerobohan melalui tingkap tingkat atas muzium dan telah mengaku terlibat dalam jenayah tersebut.
Beccuau menyatakan bahawa suspek utama yang ditahan kali ini telah lama berada dalam radar pihak berkuasa, namun sehingga kini tiada sebarang barang kemas yang berjaya ditemui semula.
Polis masih menyiasat kemungkinan wujudnya rangkaian jenayah terancang yang lebih besar di sebalik rompakan tersebut.
Rompakan yang berlaku pada 19 Oktober lalu mengejutkan pengunjung dan masyarakat dunia apabila empat individu bertopeng melarikan koleksi permata bersejarah dari Galeri Apollo, salah satu ruang paling bernilai di muzium paling kerap dikunjungi di dunia itu.
Pihak berkuasa kini mempergiat siasatan dengan kerjasama INTERPOL dan unit khas jenayah terancang, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup dan jejak digital yang ditinggalkan suspek.
Permata yang dicuri telah dimasukkan ke dalam pangkalan data Stolen Works of Art INTERPOL bagi menghalang penjualan semula secara haram.
Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati, dijangka mengumumkan pelan keselamatan baharu dalam masa terdekat, susulan kelemahan sistem pengawasan dan amaran yang dikenal pasti dalam audit keselamatan Louvre.
Ringkasan AI
- Polis Perancis tahan lima lagi individu termasuk suspek utama kes rompakan permata Mahkota Perancis bernilai 88 juta euro di Muzium Louvre, menjadikan jumlah tangkapan kepada tujuh orang.
- Siasatan dedah kemungkinan rangkaian jenayah terancang, dengan kerjasama INTERPOL dan unit khas jenayah terancang sedang giat dijalankan.
- Menteri Kebudayaan Perancis dijangka umum pelan keselamatan baharu susulan kelemahan sistem pengawasan yang dikenal pasti dalam audit keselamatan Louvre.