awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang berpanjangan Rusia-Ukraine jejas keselamatan makanan - Penganalisis

Bernama
Bernama
08/06/2022
07:02 MYT
Perang berpanjangan Rusia-Ukraine jejas keselamatan makanan - Penganalisis
Keselamatan tenaga merupakan antara tumpuan utama daripada konflik itu dan terdapat perbincangan dalam kalangan penganalisis untuk mengembangkan tenaga alternatif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan akan menyebabkan gangguan kepada keselamatan makanan dalam jangka panjang memandangkan sekatan terhadap Rusia akan memberikan impak buruk terhadap pasaran global, menurut penganalisis.
Naib Presiden Kanan Analisis Strategi Stratfor, Rodger Baker berkata tidak dapat dipastikan sama ada Eropah atau Amerika Syarikat akan segera mengubah sekatan ke atas Rusia sebaik sahaja ia berlaku.
"Tidak mungkin sekatan ke atas Rusia ini akan ditarik balik dalam tempoh dua, tiga, empat, lima tahun atau lebih daripada itu," katanya pada sesi panel bertajuk 'Rusia-Ukraine: Order Baru Dunia dan Geopolitik dan Impak kepada ASEAN' pada Persidangan Invest ASEAN 2022 hari ini.
Baker berkata impak utama adalah terhadap pertanian global memandangkan ia merupakan pengeluar dan pengeksport hasil pertanian penting, manakala Rusia merupakan pengeskport baja utama.
Beliau turut memberi penekanan mengenai baja yang tidak cukup untuk mengusahakan tanaman, dan pengurangan satu atau mungkin dua tahun tanaman melalui Laut Hitam.
Menurutnya terdapat impak jangka panjang terhadap pasaran gas asli cecair global.
Selain itu, Baker berkata keselamatan tenaga merupakan antara tumpuan utama daripada konflik itu dan terdapat perbincangan dalam kalangan penganalisis untuk mengembangkan tenaga alternatif.
"Banyak perbincangan mengenai perkara ini, memacu keperluan untuk mengembangkan tenaga alternatif dengan pantas. Ia juga mendorong kepada penyambungan semula, sekurang-kurangnya ruang sementara bagi batu arang, dan kebergantungan terhadap sumber tenaga setempat.
"Dalam jangka panjang, ia dijangka merangsang pengembangan kuasa nuklear dan pembangunan, terutamanya reaktor modular kecil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusia-ukraine
#perang
#bekalan makanan
#sumber pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan