Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.
Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyebabkan hubungan antara kedua jiran berkenaan kembali tegang.
Langkah itu dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan sama, tindakan berani pertama negara itu dalam tempoh 50 tahun, dipercayai untuk membanteras aktiviti keganasan.
Salah seorang daripada juruterbang pesawat berkenaan turut ditahan oleh pihak Pakistan, menurut kenyataan yang di muat naik oleh jurucakap pihak tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor.
Namun pesawat pejuang India didakwa memasuki ruang udara Pakistan di Balakot meskipun sudah diberi amaran oleh pasukan tentera Pakistan.
Kali terakhir Pakistan dan India berperang singkat adalah pada 1999 di kawasan Himalaya.
Menurut agensi berita India, ANI pesawat pejuang F-16 Pakistan turut ditembak jatuh oleh India di kawasan sempadan genjatan senjata.
Serentak itu Pakistan mengantung operasi pesawat domestik ke Lahore, Islamabad dan bandar lain.
Stesen TV Pakistan, SAMAA TV pula mendedah visual pesawat pejuang negara itu menembak jatuh pesawat pejuang India di kawasan pertikaian.
Sebuah syarikat penerbangan swasta India, Vistara Airlins pula berkata, ruang udara di kawasan utara India juga ditutup dan penerbangan dari dan ke Amritsar, Srinagar, Chandigarh serta Jammu telah digantung.
Sementara itu, Pakistan menegaskan, serangan yang dilakukan disasarkan kepada kawasan bukan ketenteraan di sempadan itu dan tidak memasuki ruang udara India dan ia bertujuan menunjukkan kemampuan pertahanan negara itu.
Namun kedua negara menegaskan tidak berniat untuk melakukan sebarang ketegangan.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dalam reaksinya pula menyokong tindakan India yang disifatkan usaha membanteras keganasan.
India dalam pada itu menegaskan serangan yang dilancarkan pada Selasa disasar ke kem militan Jaish-e-Mohammed (JeM) yang didakwa terlibat dalam serangan bom bunuh diri pada 14 Februari membunuh 40 orang di Kashmir.
Kini India telah menutup sekurang-kurangnya empat lapangan terbang di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar, menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan India kepada portal berita Reuters.
Kedua-dua negara itu telah berperang sebanyak tiga kali sejak kemerdekaan daripada pemerintahan kerajaan British pada tahun 1947 dan hampir berperang pada tahun 2002 selepas Pakistan melancarkan serangan militan ke parlimen India.
Ketegangan memuncak ini mendorong netizen menularkan hashtag #SayNoToWar.
Agensi
Wed Feb 27 2019
Menurut agensi berita India, ANI, pesawat pejuang F-16 Pakistan turut ditembak jatuh oleh India di kawasan sempadan genjatan senjata. - Foto Reuters
Siasatan: Keluarga Faisal serah sepenuhnya kepada polis
Bapanya, Abdul Halim Saad, 60, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu dan menganggap ia sebagai ketentuan tuhan.
Kelantan beri bantuan RM300,000 kepada Tabung Haji negeri
Kerajaan Kelantan memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada pengurusan Tabung Haji (TH) negeri bagi melancarkan proses perjalanan seramai 2,360 jemaah haji di negeri itu.
TH sentiasa ingatkan jemaah patuhi peraturan baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Pakistan tidak mahu perang?
Jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor menegaskan pendirian Islamabad tidak akan memilih jalan peperangan untuk meredakan ketegangan yang memuncak antara dua seteru nuklear ini.
Konflik dua kuasa nuklear India-Pakistan
Hubungan dingin Pakistan dan India kembali tegang apabila Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang dipertikai kedua negara, Kashmir.