DUNIA

Perang jejaskan ekonomi negara lebih AS$700 bilion - PM Ukraine

Bernama 04/01/2023 | 14:49 MYT
Perang Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan ekonomi Ukraine mengalami kerugian lebih AS$700 bilion, kata Perdana Menteri Denys Shmyhal pada Selasa. - Gambar fail/REUTERS
KYIV (Ukraine): Perang Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan ekonomi Ukraine mengalami kerugian lebih AS$700 bilion, kata Perdana Menteri Denys Shmyhal pada Selasa.

Shmyhal berkata antara keutamaan kerajaan tahun ini adalah untuk "pemulihan Ukraine."

"Bersama Bank Dunia, pihak berkuasa Ukraine merancang untuk meneliti keperluan Ukraine melakukan pemulihan secepat mungkin," kata beliau pada mesyuarat Kabinet di Kyiv, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata pada awal Jun tahun lepas, nilai kerugian yang dicetuskan oleh konflik itu dianggarkan AS$350 bilion.

"Berdasarkan serangan ke atas infrastruktur kami setakat hari ini, jumlahnya kini melebihi AS$700 bilion," katanya.

-- BERNAMA
#perang #Rusia #Ukraine #Denys Shmyhal