BEGITU ramai wartawan maut sejak minggu pertama perang tercetus antara Israel-Hamas di Gaza berbanding jumlah korban dalam beberapa konflik lain di wilayah itu sebelum ini sejak 1992, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).

Menurut CPJ, sehingga hari ini (2 November), seramai 33 wartawan dilaporkan terbunuh, manakala lapan orang lagi cedera, sementara sembilan lagi hilang atau telah ditahan, kata CPJ dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X.