awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: 59 trak sarat bantuan masuk ke Gaza - PRCS

Bernama
Bernama
01/11/2023
05:57 MYT
Perang Palestin-Israel: 59 trak sarat bantuan masuk ke Gaza - PRCS
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah. -Bernama
RAMALLAH: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) pada Selasa berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
"Kru kami telah menerima pada malam ini sebanyak 59 trak sarat dengan bantuan melalui lintasan sempadan Rafah," Agensi Anadolu (AA) memetik pertubuhan kemanusiaan itu dalam satu kenyataan.
Trak-trak itu membawa makanan, air, bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut kenyataan itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 217 trak membawa bekalan bantuan tidak termasuk bahan api tiba di Semenanjung Gaza sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt, tambahnya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebelum konflik terbaharu, purata 500 trak memasuki wilayah itu pada setiap hari.
Bagaimanapun, semua itu terhenti selepas pertempuran bermula pada 7 Okt mengakibatkan wilayah Palestin berkenaan mengalami kekurangan teruk makanan, air dan ubat-ubatan.
Menurut unjuran PBB, sekurang-kurangnya 100 trak bantuan diperlukan setiap hari untuk membekalkan keperluan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 8,525 orang kata Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa.
"Mangsa termasuk 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita manakala 21,543 orang lagi cedera," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra dalam sidang media di Gaza City.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin
#Gaza
#lintasan sempadan Rafah
#PRCS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan