INTERNATIONAL
Perang perdagangan AS-China lumpuhkan pelaburan antarabangsa - UNCTAD
Tempoh ketidakpastian yang berpanjangan adalah merugikan kerana banyak pihak tidak mengetahui apa tindakan yang perlu dilakukan. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
MOSCOW: Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tarif antara satu sama lain telah melumpuhkan pelaburan antarabangsa, kata Setiausaha Agung Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Rebeca Grynspan.
"Pelaburan lumpuh kerana ketua pegawai eksekutif (CEO) memilih untuk tunggu dan lihat, yang bermakna pelaburan tidak akan kembali pada skala yang diperlukan dunia," katanya kepada UN News, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Beliau berkata tempoh ketidakpastian yang berpanjangan, di mana segala-galanya sentiasa berubah adalah merugikan kerana tidak diketahui apa tindakan yang perlu dilakukan.
-- BERNAMA