awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan

Bernama
Bernama
29/09/2023
10:08 MYT
Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
Beberapa orang yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang dipindahkan ke ibu kota wilayah jiran Quetta untuk menerima rawatan yang lebih baik.- Foto Reuters
ISLAMABAD: Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain cedera, lapor Xinhua.
Seorang pegawai kanan polis yang bertanggungjawab menyelia aspek keselamatan perarakan itu antara yang terbunuh.
Insiden berlaku berhampiran sebuah masjid di kawasan Kora Khan di daerah Mastung, kata Penolong Pesuruhjaya Mastung Atta-ul-Muneem Baloch.
Laporan awal dan siasatan polis mencadangkan ia adalah serangan bunuh diri, namun, pihak berkuasa berkaitan masih menjalankan siasatan dan mengumpul bukti forensik.
Pasukan keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.
Beberapa orang yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang dipindahkan ke ibu kota wilayah jiran Quetta untuk menerima rawatan yang lebih baik, menurut sumber hospital.
Bercakap kepada Xinhua, Hamza Khan, seorang penduduk daerah Mastung, berkata bahawa dia, bersama ahli keluarganya, sedang menghadiri perarakan Eid-e-Milad-un-Nabi, sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad, apabila dia mendengar letupan kuat.
"Ia sangat besar sehingga buat seketika, saya tidak percaya pandangan saya... Orang ramai menjerit meminta tolong, dan terdapat darah di mana-mana," kata Khan.
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Menteri Dalam Negeri sementara Sarfaraz Ahmed Bugti mengecam letupan itu, berkata negara itu tidak bertoleransi terhadap pengganas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Letupan kuat
#Sambutan Maulidur Rasul
#Balochistan
#Pakistan
#puluhan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan