Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Presiden Rusia dijangka capai 71 peratus

Bernama
Mac 11, 2024 16:21 MYT
Antara kumpulan yang keluar untuk mengundi awal di Donetsk pada Pilihan Raya Presiden Rusia. - Reuters
MOSCOW: Anggaran peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Presiden Rusia yang dijadualkan bermula Jumaat dijangka mencecah 71 peratus dengan calon presiden Vladimir Putin menerima 82 peratus daripada undi berkenaan, lapor Sputnik.
"Anggaran peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Presiden di Rusia ialah 71 peratus. Menurut pengiraan pemilih, penyandang Ketua Negara Vladimir Putin sedang mendahului dengan 82 peratus daripada undi," kata Pusat Penyelidikan Pendapat Umum Rusia (VCIOM) dalam satu kenyataan.
Calon-calon lain termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Artik dan Timur Jauh Dewan Rakyat Nikolai Kharitonov, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Vladislav Davankov dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat masing-masing dijangka menerima enam peratus, enam peratus dan lima peratus daripada undi berkenaan.
Pengiraan itu adalah berdasarkan data daripada tinjauan menerusi telefon di seluruh Rusia.
Rusia akan mengadakan Pilihan Raya Presiden dari 15 hingga 17 Mac ini.
-- BERNAMA
#pilihan raya #Presiden Rusia #peratuan mengundi #Vladimir Putin