DUNIA
Perbahasan Umum PBB ke-80 labuhkan tirai, 124 ketua negara berucap
Sepanjang minggu itu, Baerbock (gambar) berkata, terdapat detik penuh semangat apabila negara anggota merasakan kehendak kolektif untuk melakukan yang lebih baik, melangkah lebih jauh, serta memilih jalan yang benar. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Perbahasan Umum Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berakhir pada Isnin, lapor Xinhua.
Dalam ucapan penutupnya, Presiden Perhimpunan Agung Annalena Baerbock berkata sebanyak 189 negara anggota PBB telah menyampaikan ucapan sepanjang Perbahasan Umum, termasuk 124 ketua negara dan kerajaan.
"Pada awal minggu ini, kita merujuk PBB sebagai medan diplomasi dan dialog, berada di persimpangan, tempat kita berkumpul untuk mengadakan perbincangan sukar di saat-saat mencabar," katanya.
"Jika minggu peringkat tinggi ini menjadi petunjuk, medan ini telah menunaikan tujuan itu: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih relevan."
Sepanjang minggu itu, katanya, terdapat detik penuh semangat -- malah terasa bertenaga -- apabila negara anggota merasakan kehendak kolektif untuk melakukan yang lebih baik, melangkah lebih jauh, serta memilih jalan yang benar di persimpangan.
"Perbahasan Umum minggu ini, dengan penglibatan yang kuat dan kata-kata penuh semangat, menunjukkan bahawa kita mampu mencari kekuatan untuk memperkukuh kepimpinan bersama, mencari penyelesaian kolektif dan memilih jalan yang benar di persimpangan.
"Marilah kita terinspirasi oleh warisan masa lalu, dan berani menuju masa depan yang lebih baik bersama. Tidak takut. Tidak patah. Bersatu," kata beliau.
Sesi tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-80 penubuhan PBB.
Minggu Peringkat Tinggi memberi peluang kepada para pemimpin dunia menilai pencapaian lapan dekad lalu dan merangka hala tuju ke hadapan.
Perang yang sedang berlarutan di beberapa bahagian dunia, persaingan kuasa besar, krisis iklim, serta defisit pembangunan mampan antara cabaran utama yang menjadi bahan perbahasan.
Selain Perbahasan Umum, para pemimpin dunia turut berpeluang menyuarakan pandangan dalam beberapa mesyuarat peringkat tinggi, termasuk Persidangan Antarabangsa Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Aman Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara, serta acara memperingati ulang tahun ke-80 PBB.
Banyak negara, termasuk Perancis, Britain, Kanada dan Australia, mengumumkan pengiktirafan terhadap negara Palestin sebelum atau semasa Minggu Peringkat Tinggi, sekali gus menjadikan Israel dan Amerika Syarikat semakin terasing dalam isu Palestin.
Acara lain termasuk sidang kemuncak iklim, sesi khas Matlamat Pembangunan Mampan (SDG Moment), mesyuarat peringkat tinggi sempena ulang tahun ke-30 Persidangan Dunia Keempat mengenai Wanita, dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai tadbir urus kecerdasan buatan.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam ucapannya di UNGA menyerang badan dunia itu sambil mengadu mengenai masalah teleprompter dan insiden eskalator yang tiba-tiba terhenti ketika beliau menuju ke Dewan Perhimpunan Agung.
Ucapan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Jumaat pula menyaksikan ramai delegasi keluar beramai-ramai dari Dewan Perhimpunan Agung sebagai tanda protes.
Minggu Peringkat Tinggi tahun ini turut menyaksikan penyalahgunaan visa oleh Amerika Syarikat yang mengeksploitasi statusnya sebagai negara tuan rumah.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak dapat hadir ke New York selepas AS mengenakan sekatan visa terhadap pegawai Palestin. Beliau menyampaikan ucapannya secara maya.
Presiden Colombia Gustavo Petro pula dibatalkan visanya selepas menghadiri demonstrasi pro-Palestin di luar ibu pejabat PBB.
Petro berkata New York mungkin tidak lagi sesuai menjadi lokasi ibu pejabat PBB.
-- BERNAMA