DUNIA
Perbelanjaan dalam talian 'Black Friday' AS cecah rekod US$11.8 bilion - Laporan
Suasana di kawasan membeli belah pada hari jualan Black Friday di Regent Street, London, Britain, 28 Nov 2025. REUTERS
SAN FRANCISCO: Pengguna di Amerika Syarikat (AS) membelanjakan US$11.8 bilion dalam talian sempena 'Black Friday', meningkat daripada US$10.8 bilion tahun lalu, menurut data Adobe Analytics, lapor Xinhua.
Platform itu menjangkakan perbelanjaan dalam talian pada 'Cyber Monday' pada 1 Dis yang lebih tinggi, mencecah US$14.2 bilion.
Bagi musim cuti dari 1 Nov hingga 31 Dis, Adobe turut meramalkan jumlah perbelanjaan dalam talian sebanyak US$253.4 bilion tahun ini, berbanding US$241.1 bilion pada 2024.
Syarikat perisian berasaskan awan AS, 'Salesforce' melaporkan perbelanjaan 'Black Friday' global berjumlah US$79 bilion, termasuk US$18 bilion di AS, masing-masing menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak enam peratus dan tiga peratus.
Menurut data Salesforce, harga meningkat secara purata tujuh peratus manakala jumlah pesanan menurun satu peratus, menunjukkan pertumbuhan keseluruhan lebih dipacu kenaikan harga berbanding peningkatan permintaan pengguna.
-- BERNAMA