awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan ketenteraan global cecah rekod tertinggi AS$2,240 bilion pada 2022

Bernama
Bernama
24/04/2023
09:02 MYT
Perbelanjaan ketenteraan global cecah rekod tertinggi AS$2,240 bilion pada 2022
AS kekal sebagai negara yang paling banyak membelanjakan untuk ketenteraan iaitu mencecah AS$877 bilion pada tahun lepas, mewakili 39 peratus daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan global. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 3.7 peratus pada tahun lalu, sekali gus mencapai rekod tertinggi sebanyak AS$2,240 bilion yang menyaksikan perbelanjaan terbesar membabitkan negara Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia, menurut data terkini dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) pada Isnin.
"Perbelanjaan ketenteraan dunia meningkat pada 2022, tahun kelapan berturut-turut. Setakat ini peningkatan paling mendadak dalam perbelanjaan (+13 peratus) ialah di Eropah," lapor Sputnik.
AS kekal sebagai negara yang paling banyak membelanjakan untuk ketenteraan iaitu mencecah AS$877 bilion pada tahun lepas, mewakili 39 peratus daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan global.
China di tempat kedua dengan perbelanjaan sebanyak AS$292 bilion atau 4.2 peratus lebih berbanding pada tahun 2021, menurut SIPRI.
Perbelanjaan ketenteraan Rusia pula meningkat sebanyak dianggarkan 9.2 peratus iaitu kira-kira US$86.4 bilion.
Sementara itu, perbelanjaan ketenteraan Ukraine menyaksikan peningkatan tahunan tertinggi pada pernah direkodkan dalam data SIPRI yang mencecah AS$44.0 bilion pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 640 peratus.
Bantuan kewangan ketenteraan AS kepada Ukraine berjumlah AS$19.9 bilion merangkumi 2.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perbelanjaan ketenteraan global
#rekod tertinggi
#Amerika Syarikat
#SIPRI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan