SAKSI utama dalam perbicaraan rasuah jurubank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng mendedahkan bahawa bekas Ketua Goldman, Lloyd Blankfein ada bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak pada 2009 sebelum urus niaga bon besar bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara, Tim Leissner agenda pertemuan itu adalah bagi mendapatkan jawatan terhadap tiga anak Najib dalam bank itu sebagai balasan terhadap peluang perniagaan yang menguntungkan untuk bank berkenaan.
Menurut laporan Bloomberg, kenyataan itu dikeluarkan Leissner di hadapan juri pada Selasa dalam prosiding hari kedua berkaitan skim 1MDB.
Tambah Leissner, beliau dan pegawainya Ng serta beberapa rakan kongsi Goldman turut serta bagi mendapatkan berbilion dolar daripada dana kekayaan Malaysia.
Beliau mengaku bersalah atas kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah melibatkan pegawai asing.
Ng yang juga bekas Ketua Perbankan Pelaburan di Malaysia, didakwa bersubahat dengannya bagi pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah di Amerika Syarikat.
Leissner turut memberi keterangan bahawa Ng memberitahunya yang Najib akan datang ke New York bagi melawat anak-anaknya sempena cuti Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berpendapat ia adalah peluang terbaik untuk Blankfein bertemu Najib bagi urusan bon berkenaan.
Selepas pertemuan itu, Ng memaklumkan Leissner bahawa Najib mahu mendapatkan kerja untuk anak anaknya di Goldman.
Menurut Leissner lagi Ng memaklumkan bahawa beliau pergi ke New York untuk bertemu ketua Goldman dan pada masa sama bertemu anak-anak Najib.
"Baru bertemu tiga anak PM di pangsapurinya, saya bersama Jho di pangsapurinya," menurut emel yang dibacakan Leissner kepada juri.
Tambahnya Ng turut menulis, "Akan berjumpa beliau lagi esok dan akan memulakan langkah untuk mendapatkan tiga anaknya menyertai Goldman Sachs."
Leissner tidak menyatakan keraguan tetapi sebaliknya dengan penuh semangat menjawab, "Bunyinya bagus, mari masukkan mereka."
Beliau menjelaskan alasanya, "Perdana Menteri Malaysia berpotensi menjadi perniagaan yang hebat untuk kami, jadi saya merasakan anak-anak Perdana Menteri bekerja untuk kami berpotensi, bukan hanya untuk Perdana Menteri, tetapi semua yang lain di Asia akan mengambil perhatian".
Akhirnya, Leissner memberi keterangan bahawa dia membantu mendapatkan anak perempuan Najib pekerjaan di TPG.
Terdahulu pada hari Selasa, Leissner memberi keterangan bahawa untuk mengaburkan peranan Jho Low dalam usaha mengumpul dana mereka untuk 1MDB, mereka mengemukakan nama kod untuknya termasuk rakan dan PMO (untuk Pejabat Perdana Menteri Malaysia). Dia memberitahu mahkamah bahawa dia dan Ng - bersama pegawai kanan Goldman termasuk Andrea Vella, bekas ketua bersama perbankan pelaburan di Asia - menggunakan nama kod itu untuk menyembunyikan sejauh mana penglibatan Jho Low dalam projek pengumpulan dana daripada rakan kongsi lain di bank itu.
"Sekiranya kami menaikkan namanya dalam kapasiti sebenar, kami tidak akan diluluskan" oleh pegawai pengawasan Goldman, kata Leissner. "Ia adalah bendera merah yang akan menghentikan transaksi itu."
Beliau memberitahu juri bagaimana kumpulan yang sama memutuskan untuk mengakui beberapa tahap penglibatan Jho Low kerana dia sudah pun dikaitkan secara terbuka dengan 1MDB.
Apabila ditanya oleh kakitangan pengawasan, Leissner berkata mereka bersetuju untuk mengatakan Jho Low mempunyai kaitan dengan dana terdahulu 1MDB dan bahawa dia mempunyai hubungan dengan Abu Dhabi, di mana entiti kerajaan telah bersetuju untuk memberikan sokongan untuk 1MDB.
"Kami telah memutuskan bahawa langkah itu akan selamat," katanya.
Astro Awani
Wed Feb 23 2022

Bangunan Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York di mana Leissner memberi keterangan pada Selasa. - Foto Google Map

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

1MDB: Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low
Mahkamah di Kuwait mensabit kesalahan terhadap ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low secara 'in absentia' (tanpa kehadirannya) pada Selasa.

Tommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat - Mahkamah
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Tommy Thomas tidak sewenang-wenangnya mendakwa Najib dengan niat jahat tetapi hanya selepas menerima kertas siasatan yang lengkap daripada agensi penyiasat.

1MDB: RM2.1 juta dipulangkan kepada parti politik, keluarga bekas Ahli Parlimen
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Roger Ng diperintah lucut hak AS$35.1 juta
Roger Ng sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana peranannya dalam penipuan global 1MDB.

'Rohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB'
Utusan Malaysia memetik sumber berkata, kesemua wang dipulangkan kepada kerajaan tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai.

1MDB: Roger Ng mohon jalani hukuman di 'penjara selebriti' di Danbury
Penjara persekutuan itu terletak kira-kira 90km dari bandar New York dan menjadi inspirasi dalam 'Orange Is the New Black' di Netflix.

Johari Ghani dilantik ketua pasukan petugas selesaikan skandal 1MDB
PM Anwar lantik bekas Menteri Kewangan II ketuai pasukan petugas khas dalam menyelesaikan beberapa isu yang membabitkan skandal 1MDB.

Kes 1MDB: Bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng dihukum penjara 10 tahun
Roger Ng dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan tuduhan membantu menggelapkan dana 1MDB.

70 peratus aset 1MDB berjaya dikembalikan - Azam Baki
Jumlah duit negara yang hilang RM42 bilion, yang sudah dipulangkan ialah RM28.93 bilion.

Roger Ng sepatutnya dipenjara 15 tahun - Pendakwa raya AS
Bekas pegawai bank Goldman Sachs itu patut dipenjara 15 tahun selepas disabit bersalah rompak dan 1MDB bersama bekas bossnya, Tim Leissner.