awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta bermula di Washington

Bernama
Bernama
14/04/2025
21:50 MYT
Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta bermula di Washington
Perbicaraan terhadap syarikat Meta dijadual bermula di Washington pada Isnin berhubung dakwaan monopoli haram gergasi teknologi itu terhadap platform media sosial.
WASHINGTON: Perbicaraan terhadap syarikat Amerika Syarikat (AS) Meta dijadualkan bermula di Washington pada Isnin berhubung dakwaan monopoli haram gergasi teknologi itu terhadap platform media sosial, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC) bagi pihak kerajaan AS menuduh Meta membeli platform Instagram dan WhatsApp untuk menghapuskan persaingan.
Badan pemantau antimonopoli atau antitrust menuntut akibat bagi syarikat media sosial itu, termasuk pembatalan pengambilalihan itu.
Meta, yang juga memiliki Facebook, menolak tuduhan itu dengan alasan persaingan sengit dengan platform lain seperti TikTok.
Tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2020 itu boleh berlanjutan selama bertahun-tahun, terutamanya memandangkan kemungkinan rayuan daripada mana-mana pihak.
Meta membeli Instagram pada 2012 dengan harga sekitar US$1 bilion dan WhatsApp pada 2014 dengan harga sekitar US$22 bilion, dengan FTC meluluskan pengambilalihan berkenaan. Sejak itu, Instagram menjadi antara penyumbang utama pendatapan Meta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Meta
#kes antimonopoli
#Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS
#monopoli haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan