awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes jenayah pertama Donald Trump ditetapkan bermula bulan depan

Agensi
Agensi
15/02/2024
22:15 MYT
Perbicaraan kes jenayah pertama Donald Trump ditetapkan bermula bulan depan
Mahkamah New York menolak permohonan Donald Trump untuk mengenepikan tuduhan jenayah itu berkaitan bayaran ‘menutup mulut’ kepada seorang bintang filem lucah. - Gambar fail REUTERS
NEW YORK: Mahkamah di sini menetapkan bulan depan untuk perbicaraan satu daripada empat tuduhan jenayah ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Penetapan ini sekali gus menyaksikan mahkamah menolak permohonan Trump, 77, untuk mengenepikan tuduhan jenayah itu berkaitan bayaran ‘menutup mulut’ kepada seorang bintang filem lucah.
Hakim Juan Merchan menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes terbabit dalam laluan Trump yang juga calon Presiden AS bagi parti Republikan yang akan mencabar calon Demokrat, Presiden Joe Biden pada pilihan raya Presiden AS, 5 November depan.
Trump memohon Merchan mengenepikan 34 pertuduhan dihadapinya termasuk dakwaan memalsukan rekod perniagaan untuk mengaburi bayaran AS$130,000 (RM621,465) kepada pelakon filem lucah, Stormy Daniels, sebelum pilihan raya 2016.
Trump mengulangi dakwaan kes itu bermotifkan politik.
Bagaimanapun, Juan Merchan tidak terpengaruh dengan hujah bahawa jadual perbicaraan akan menjejaskan kempen presidennya.
Dalam masa sama, Trump menyifatkan keputusan untuk memulakan perbicaraan pada 25 Mac sebagai "memalukan".
"Jelas sekali saya bertanding untuk pilihan raya lagi. Bagaimana anda boleh bertanding untuk pilihan raya dan duduk di mahkamah di Manhattan sepanjang hari?" katanya di luar bilik mahkamah selepas perbicaraan.
Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg telah mendakwa bekas presiden itu dengan 34 pertuduhan penipuan termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menyamarkan bayaran yang dibuatnya kepada pelakon filem dewasa Stormy Daniels sebagai bayaran guaman.
Daniels mendakwa, dia dibayar AS$130,000 pada 2016 untuk berdiam diri sebagai balasan hubungan seks yang diadakan dengan calon Presiden ketika itu.
Trump menafikan mereka pernah mempunyai hubungan sulit. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#kes jenayah Donald Trump
#bintang filem lucah
#calon Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan