DUNIA
Perbicaraan “White Tiger” Jerman: Peguam dakwa defendan dipukul dalam sel
Hakim Stefan Philipp sebelum perbicaraan kes “White Tiger” di Hamburg, Jerman bermula pada Jumaat. - Gambar Reuters
HAMBURG (Jerman): Seorang lelaki yang didakwa pedofilia dalam kes berprofil tinggi di Jerman telah dipukul oleh banduan lain sejurus sebelum hadir ke mahkamah, kata peguamnya pada Jumaat.
Peguam terbabit memberitahu Agensi Berita Jerman (dpa), defendan telah dibawa dari pusat tahanan juvenil Hahnofersand ke Hamburg pada Khamis dan ditempatkan bersama penghuni lain dalam sel kumpulan.
Di sana, beberapa banduan pada mulanya menuntut defendan menyerahkan jam tangannya sebelum bertindak memukulnya.
Sebelah muka defendan dilaporkan bengkak teruk dan dia perlu menjalani pemeriksaan pergigian serta perubatan umum, kata peguam itu.
Peguam tersebut menyatakan beliau belum bertemu anak guamnya pada Jumaat dan mahu memeriksa sendiri sama ada lelaki itu berada dalam keadaan cergas untuk dibicarakan.
Defendan warga Jerman-Iran berusia 21 tahun itu, yang menggunakan nama samaran dalam talian "White Tiger," dituduh melakukan lebih 200 jenayah, termasuk satu kes pembunuhan dan lima kes cubaan membunuh yang dilakukan sebagai pelaku tidak langsung di Internet.
Lelaki itu dikatakan menjadi ketua kumpulan penjenayah siber yang memaksa kanak-kanak berumur antara 11 dan 15 tahun melakukan keganasan terhadap diri sendiri di Internet demi kepuasan seksual mereka.
Lebih 30 kanak-kanak dari beberapa negara termasuk Jerman, United Kingdom, Kanada, dan Amerika Syarikat dinamakan sebagai mangsa. Seorang wanita muda dari Finland telah diterima sebagai plaintif bersama dalam kes itu.
-- BERNAMA