INTERNATIONAL
Perdagangan dadah sintetik melonjak di Segi Tiga Emas - UNODC
UNODC berkata jumlah rekod methamphetamine yang dirampas di Asia Timur dan Asia Tenggara, mencecah 236 tan - meningkat 24 peratus berbanding tahun 2023. - Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Pengeluaran dan penyeludupan dadah sintetik meningkat secara mendadak di kawasan "Segi Tiga Emas" yang terkenal sebagai antara wilayah pengeluaran dadah utama di dunia, menurut laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Dalam satu kenyataan, UNODC berkata jumlah rekod methamphetamine yang dirampas di Asia Timur dan Asia Tenggara, mencecah 236 tan - meningkat 24 peratus berbanding tahun 2023.
Namun, pemangku wakil serantau UNODC untuk Asia Tenggara dan Pasifik, Benedikt Hofmann menjelaskan bahawa 236 tan itu hanyalah jumlah yang berjaya dirampas, sedangkan lebih banyak methamphetamine sebenarnya telah sampai ke pasaran.
"Walaupun jumlah rampasan ini sebahagiannya mencerminkan kejayaan penguatkuasaan undang-undang, kami jelas menyaksikan tahap pengeluaran dan penyeludupan methamphetamine yang belum pernah berlaku sebelum ini dari Segi Tiga Emas, khususnya Negeri Shan," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Laporan bertajuk Synthetic Drugs in East and Southeast Asia: Latest Developments and Challenges itu mengenal pasti Negeri Shan di Myanmar sebagai hab utama pengeluaran methamphetamine.
Hofmann berkata krisis di Myanmar meningkatkan permintaan terhadap hasil perdagangan dadah, manakala beberapa kawasan - khususnya hab dadah sintetik utama - kekal stabil.
"Kombinasi konflik dan kestabilan di bahagian tertentu Myanmar telah mewujudkan keadaan yang menggalakkan bagi pengembangan pengeluaran dadah, sekali gus memberi kesan kepada negara di seluruh rantau ini dan seterusnya," katanya.
Laporan itu turut menyatakan bahawa Thailand kekal sebagai tempat transit dan destinasi utama bagi methamphetamine yang diseludup dari Myanmar, apabila negara itu merekodkan rampasan serantau terbesar - termasuk satu bilion tablet yaba, iaitu gabungan methamphetamine dan kafein yang digunakan secara meluas disebabkan harganya yang murah dan mudah diperoleh.
Menurut Ketua Penganalisis UNODC bagi Asia Tenggara dan Pasifik Inshik Sim, laluan penyeludupan yang menghubungkan Kemboja dengan Myanmar, terutamanya melalui Laos telah berkembang pesat.
Sim turut menekankan laluan maritim yang menghubungkan Malaysia, Indonesia dan Filipina, dengan Sabah, Malaysia berfungsi sebagai hab transit utama.
Laporan itu mengetengahkan sifat dinamik kumpulan penyeludupan dadah rentas sempadan yang beroperasi di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kumpulan berkenaan menunjukkan ketangkasan luar biasa dalam menyesuaikan diri dengan tekanan penguatkuasaan undang-undang, sebagaimana yang dilihat melalui peluasan tapak pengeluaran ketamin dan bahan kimia prekursor berkaitan.
-- BERNAMA