DUNIA
Perdana Menteri baharu Perancis batalkan cadangan kurangkan cuti umum
Sebastien Lecornu menambah bahawa langkah alternatif diperlukan untuk memulihkan kewangan negara. - Reuters
PARIS: Perdana Menteri baharu Perancis, Sebastien Lecornu, membatalkan rancangan kontroversi pendahulunya untuk memansuhkan dua cuti umum, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Saya mahu mereka yang bekerja terbela. Sebab itu saya memutuskan untuk membatalkan pemansuhan dua cuti umum yang dirancang," katanya dalam temu bual dengan media tempatan yang disiarkan pada Sabtu.
Beliau menambah bahawa langkah alternatif diperlukan untuk memulihkan kewangan negara.
Mulai minggu depan, rundingan akan diadakan berhubung desentralisasi pentadbiran Perancis, penstrukturan semula agensi kerajaan dan pemindahan lebih banyak tanggungjawab kepada majlis tempatan, kata Lecornu.
Beliau turut mencadangkan penggabungan atau pemansuhan beberapa badan kerajaan serta menarik balik keistimewaan seumur hidup yang diberikan kepada bekas anggota Kabinet.
"Reformasi tidak seharusnya hanya 'untuk orang lain'; itu menimbulkan rasa tidak percaya," katanya.
Perancis, ekonomi kedua terbesar zon euro, kini mempunyai nisbah hutang ketiga tertinggi dalam Kesatuan Eropah (EU) pada kadar 114 peratus, selepas Greece dan Itali.
Defisit bajet negara itu baru-baru ini mencecah 5.8 peratus, jauh melebihi had EU iaitu 3 peratus daripada keluaran ekonomi.
Dengan jumlah hutang sekitar EUR3.3 trilion (US$3.8 trilion), Perancis kini mencatatkan paras hutang tertinggi dalam EU.
Di tengah-tengah krisis bajet itu, Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Perancis pada Jumaat, sekali gus dijangka meningkatkan kos pinjaman kerajaan.
Fitch menyatakan paras hutang awam yang tinggi dan terus meningkat, serta prospek terhad untuk reformasi ekonomi disebabkan polarisasi politik domestik dan ketidakstabilan. Agensi itu turut menekankan bahawa Perancis telah menyaksikan tiga kerajaan berbeza sejak pertengahan 2024, mencerminkan tahap ketidakstabilan yang tinggi.
"Kita sedang menanggung kesan ketidakstabilan ini," kata Lecornu dalam temu bual itu.
Beliau memberi amaran bahawa kadar faedah lebih tinggi untuk pembayaran hutang akan menjejaskan kewangan negara serta memberi kesan kepada rakyat dan perniagaan. "Dalam keadaan ini, haluan kewangan yang stabil perlu dicapai - ini juga soal kedaulatan," katanya.
Pada Isnin, bekas Perdana Menteri Francois Bayrou kalah dalam undi percaya parlimen selepas kurang sembilan bulan memegang jawatan, lalu meletak jawatan sebagai ketua kerajaan minoriti.
Presiden Emmanuel Macron kemudian melantik Lecornu, yang ketika itu memegang jawatan menteri pertahanan.
-- BERNAMA