INTERNATIONAL
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah

Amarasuriya mengangkat sumpah di hadapan Dissanayake di Sekretariat Presiden di Colombo, menjadi perdana menteri wanita ketiga dalam sejarah Sri Lanka. - Foto REUTERS
COLOMBO: Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa, sehari selepas Anura Kumara Dissanayake mengangkat sumpah sebagai presiden eksekutif kesembilan negara itu, lapor Xinhua.
Amarasuriya mengangkat sumpah di hadapan Dissanayake di Sekretariat Presiden di Colombo, menjadi perdana menteri wanita ketiga dalam sejarah Sri Lanka.
Beliau juga mengangkat sumpah sebagai menteri Kehakiman, Pendidikan, Buruh, Industri, Sains dan Teknologi, Kesihatan, serta Pelaburan, menurut laporan media tempatan.
Setiausaha NPP Nihal Abeysinghe berkata semua ahli kabinet akan mengangkat sumpah pada petang Selasa.Dinesh Gunawardena meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin selepas Dissanayake dipilih sebagai presiden baharu negara itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami