awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Jepun akan lawat loji kuasa nuklear Fukushima sebelum keputusan pelepasan air

Bernama
Bernama
19/08/2023
13:15 MYT
Perdana Menteri Jepun akan lawat loji kuasa nuklear Fukushima sebelum keputusan pelepasan air
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata pada Sabtu bahawa beliau akan melawat loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima pada 20 Ogos sebelum memuktamadkan keputusan melepaskan air radioaktif terawat ke laut. - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata pada Sabtu bahawa beliau akan melawat loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima pada 20 Ogos sebelum memuktamadkan keputusan melepaskan air radioaktif terawat ke laut, lapor Sputnik.
"Isu pelepasan air yang dirawat dalam sistem ALPS [Sistem Pemprosesan Cecair Lanjutan] tidak boleh ditangguhkan. Kita sudah sampai ke peringkat akhir, apabila negara mesti membuat keputusan selepas semakan menyeluruh, termasuk dari sudut membendung kesan yang mungkin pada perikanan," Kishida memberitahu pemberita selepas sidang kemuncak AS-Jepun-Korea Selatan di Camp David.
Kishida juga berkata beliau merancang untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pekerja pengendali RFN, Tokyo Electric Power Company (TEPCO).
"Sebagai orang yang bertanggungjawab bagi pihak kerajaan, saya ingin memastikan bahawa semua langkah diambil, semua yang terlibat bertindak dengan rasa tanggungjawab yang serius, bahawa pengurusan tertinggi ????? untuk membongkar reaktor dan membina semula [Wilayah Fukushima], serta untuk menyatakan pemikiran saya sendiri secara langsung mengenai perkara ini," Kishida dipetik sebagai berkata oleh penyiar NHK.
Anggota Kabinet Jepun akan bermesyuarat untuk membincangkan rancangan pelepasan air pada 22 Ogos, lapor NHK, memetik sumber.
Awal bulan ini, media melaporkan bahawa Jepun merancang untuk melepaskan air terawat ke laut antara akhir Ogos dan awal September.
Bencana nuklear Fukushima berlaku pada 11 Mac 2011. Loji itu rosak teruk akibat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter menggegarkan Lautan Pasifik. Ini mencetuskan tsunami besar yang melanda loji itu.
Kemalangan itu dianggap sebagai bencana nuklear terburuk sejak kemalangan Chernobyl pada 1986 dan telah mengakibatkan pencemaran tanah dan air secara meluas serta menyebabkan 22,200 orang mati atau hilang.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Jepun
#Fumio Kishida
#lawat loji kuasa nuklear
#Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan