VILNIUS: Perdana Menteri Lithuania Inga Ruginiene mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan baharu berikutan perubahan dalam gabungan pemerintah, lapor Xinhua.
Susulan peletakan jawatan itu, Presiden Gitanas Nauseda mempunyai tempoh 15 hari untuk mencalonkan seorang calon perdana menteri baharu.
Calon berkenaan kemudiannya perlu mendapatkan kelulusan Seimas, iaitu Parlimen Lithuania sebelum kerajaan baharu dapat dibentuk.
-- BERNAMA-XINHUA