DUNIA
Perdana Menteri Lithuania Paluckas letak jawatan
Perdana Menteri Lithuania Gintautas Paluckas pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya susulan tekanan yang semakin memuncak berikutan dakwaan konflik kepentingan dan amalan nepotisme. - Gambar fail/REUTERS
RIGA (Latvia): Perdana Menteri Lithuania Gintautas Paluckas pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya susulan tekanan yang semakin memuncak berikutan dakwaan konflik kepentingan dan amalan nepotisme, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
"Saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada perdana menteri," menurut Paluckas dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Presiden Gitanas Nauseda dalam masa terdekat.
Paluckas semakin menerima tekanan berikutan dakwaan urus niaga perniagaan yang meragukan dan turut berdepan gesaan untuk meletak jawatan, termasuk satu daripada dua rakan gabungan dalam kerajaan pimpinan beliau.
Siasatan sedang dijalankan terhadap urus niaga perniagaan lama dan semasa yang melibatkan pemimpin berusia 45 tahun itu, yang sehingga kini menafikan sebarang konflik kepentingan dan menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai serangan bermotifkan politik oleh pihak lawan.
Dalam kenyataannya, Paluckas berkata beliau tidak percaya telah melakukan sebarang kesalahan serius sepanjang tempoh perkhidmatannya. Namun, beliau tidak mahu kerajaan dan pentadbirannya terus menjadi tebusan kepada "skandal," katanya.
Paluckas, yang turut meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat Sosial, telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Lithuania sejak November 2024.
Presiden Nauseda menyifatkan keputusan meletak jawatan itu sebagai "langkah yang tepat."
Ketua negara itu sebelum ini memberi beliau tempoh dua minggu untuk memberi respons terhadap kebimbangan awam yang semakin meningkat atau mempertimbangkan semula kedudukannya. Paluckas kemudiannya mengambil cuti selama 14 hari bermula awal minggu ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Lithuania Gintautas Paluckas meletak jawatan susulan dakwaan konflik kepentingan dan nepotisme.
- Beliau turut berundur sebagai pemimpin Parti Demokrat Sosial selepas tekanan politik dan siasatan terhadap urus niaga perniagaan.
- Presiden Gitanas Nauseda menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai langkah yang tepat demi kestabilan negara.