DUNIA
Perdana Menteri Perancis Lecornu letak jawatan
Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan Presiden menerima peletakan jawatan itu, menurut kenyataan Istana Elysee. - Gambar fail
PARIS: Perdana Menteri baharu Perancis Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan Presiden menerima peletakan jawatan itu, menurut kenyataan Istana Elysee.
Hampir empat minggu selepas pelantikannya, Lecornu baru sahaja mengumumkan portfolio kementerian utama pada Ahad malam, namun ketua parti konservatif Republicans Bruno Retailleau, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap komposisi Kabinet baharu dan memanggil mesyuarat krisis pada Isnin.
Akibatnya, timbul spekulasi mengenai kemungkinan parti konservatif menarik diri daripada gabungan dengan kem Presiden Macron yang berhaluan tengah dan tidak mempunyai majoriti di parlimen.
Lecornu pada asalnya dijadual menyampaikan kenyataan dasar kerajaan di Dewan Rendah Parlimen Perancis iaitu Perhimpunan Kebangsaan serta mengumumkan baki pelantikan anggota Kabinet pada Selasa.
-- BERNAMA

#Perdana Menteri Perancis baru letak jawatan
#Sebastien Lecornu
#Emmanuel Macron
#Dewan Rendah Parlimen Perancis