awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Peru letak jawatan selepas beberapa hari memegang jawatan

Bernama
Bernama
06/02/2022
04:02 MYT
Perdana Menteri Peru letak jawatan selepas beberapa hari memegang jawatan
Pinto dilantik perdana menteri baharu Peru pada 1 Feb lalu. - Facebook Congresista Hctor Valer
BUENOS AIRES: Perdana Menteri Peru Hector Valer Pinto mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden Pedro Castillo beberapa hari selepas menjawat jawatan itu, di tengah dakwaan terlibat dengan keganasan rumah tangga, lapor Sputnik memetik media tempatan.
"Saya ingin memberitahu anda bahawa saya menerima kekalahan ini," Pinto dipetik sebagai berkata oleh radio Peru RPP pada Sabtu, menjelaskan bahawa dakwaan penderaan yang disebarkan media, adalah berdasarkan fakta palsu.
Perdana menteri itu dilaporkan merancang untuk menyaman mereka yang menyebarkan dakwaan keganasan rumah tangga terhadapnya.
Pinto dilantik perdana menteri baharu Peru pada 1 Feb.
Sehari selepas beliau menyandang jawatan itu, laporan media mendakwa Pinto terbabit rasuah dan beliau melakukan keganasan rumah tangga pada 2016, seperti yang dilaporkan oleh isteri dan anak perempuannya.
Pinto bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.
Presiden Castillo berkata pada Jumaat bahawa beliau memutuskan untuk merombak semula kabinet, tanpa menyebut nama Pinto secara khusus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Peru
#letak jawatan
#Hector Valer Pinto
#keganasan rumah tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan