awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Prayut nafi miliki akaun Twitter

Bernama
Bernama
25/10/2016
15:18 MYT
Perdana Menteri Prayut nafi miliki akaun Twitter
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalam dengan Perdana Menteri Thailand, Jen Prayut Chan-o-Cha ketika sidang media selepas selesai mesyuarat Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand ke-6 di Rumah Kerajaan Bangkok. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha menafikan mempunyai akaun Twitter atas namanya yang membuat kenyataan mengkritik rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan hari ini, perdana menteri berkata beliau dan Najib adalah sahabat yang rapat.
"Untuk laman web (akaun Twitter) yang didaftarkan dengan nama saya, saya tidak pernah ada (akaun Twitter).
"Saya dan Perdana Menteri Malaysia, kami adalah kawan rapat," katanya dan menambah sebagai pemimpin dalam ASEAN, beliau mematuhi prinsip kumpulan serantau itu yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.
"Kami berdua (Prayut dan Najib) adalah pemimpin negara, oleh itu banyak perkara adalah urusan dalaman, jadi ia akan diselesaikan oleh negara itu sendiri berdasarkan prinsip ASEAN," katanya.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di Bangkok pada 21 dan 22 Okt lepas untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Grand Palace.
Raja itu mangkat pada 13 Okt lalu setelah gering sekian lama.
Prayut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun Twitter palsu itu.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan, beliau mendapati kejadian serupa turut berlaku di negara lain. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Prayut Chan-O-Chan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan