awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana menteri sementara Pakistan diumumkan

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2013
23:03 MYT
Perdana menteri sementara Pakistan diumumkan
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan mengumumkan bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Mir Kaza Khan Khoso akan menerajui pentadbiran sehingga Pilihan Raya Parlimen diadakan. Dalam satu pengumuman, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan, Fakhruddin Ebrahim berkata, “Kita telah membincangkan semua nama-nama calon dengan adil dan telah membuat keputusan. Seorang ahli telah membantah, jadi kita telah memilih nama Mir Hazzar Khan Khoso.” Khoso terpilih daripada empat calon yang disenaraikan, dua daripadanya dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Rakyat Pakistan (PPT) dan dua lagi oleh parti pembangkang utama, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N). Khoso pernah menjadi Ketua Hakim di wilayah Baluchistan, malah pernah memangku jawatan Gabenor di wilayah berkenaan. Beberapa hari lalu Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari mengumumkan Pilihan Raya Umum negara itu akan diadakan pada 11 Mei depan. Pengumuman dibuat selepas 342 anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan bersetuju membubarkan parlimen.
Topic Berkaitan
#Fakhruddin Ebrahim
#Mir Hazzar Khan Khoso
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan