DUNIA
Perdana Menteri Slovakia kesal polisi 'Tirai Besi' kembali warnai Eropah
Fico menegaskan bahawa beliau tetap akan berusaha menjalin kerjasama secara aman, walaupun terhalang oleh 'Tirai Besi' itu. - Gambar/ AP
BRATISLAVA: Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico meluahkan kekesalan terhadap kembalinya dasar 'Iron Curtain' atau 'Tirai Besi' di Eropah yang menurutnya kini semakin menjadi kenyataan.
"Mereka mahu sekali lagi memisahkan Barat dan Timur. Malangnya, Tirai Besi kini sedang menjadi realiti. Hubungan telah terputus dan sesiapa sahaja yang cuba memahami apa yang berlaku di sebalik tirai itu terus dituduh mengkhianati nilai-nilai Eropah," katanya semasa berucap pada sambutan Hari Santo Cyril dan Methodius pada Sabtu.
Fico bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tetap akan berusaha menjalin kerjasama secara aman, walaupun terhalang oleh 'Tirai Besi' itu.
Terdahulu pada awal Mei, Fico pernah menyatakan bahawa selagi beliau mengetuai kerajaan Slovakia, negaranya tidak akan menjadi sebahagian daripada 'Tirai Besi' yang memisahkan Eropah dan Rusia.
-- BERNAMA