Perdana Menteri Sudan letak jawatan

Astro Awani
Januari 2, 2022 23:25 MYT
Dalam ucapannya yang disiarkan televisyen, Hamdok berkata, perjanjian baharu diperlukan untuk peralihan Sudan kepada demokrasi. - Gambar fail
PERDANA Menteri Sudan, Abdalla Hamdok mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad, di tengah-tengah bantahan besar-besaran terhadap pemerintahan tentera.
Tentera melancarkan rampasan kuasa pada Oktober tahun lalu dan turut meletakkan Hamdok di bawah tahanan rumah.
Namun, beliau dilaporkan kembali semula pada November selepas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa.
Sejak itu, protes terus memuncak bagi menuntut kepimpinan politik awam sepenuhnya.
Dalam ucapan menerusi televisyen, Hamdok berkata di Khartoum, perjanjian baharu diperlukan untuk peralihan Sudan kepada demokrasi.
Pada Ahad, dua orang terkorban ketika protes terhadap pemerintahan tentera.
Pasukan keselamatan bagaimanapun tidak mengulas punca kematian itu.
Sekurang-kurangnya 56 orang lagi menjadi korban dalam protes sejak rampasan kuasa pada 25 Okt 2021.
#Abdalla Hamdok #Sudan #letak jawatan #rampasan kuasa