awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Ukraine anggar kos pemulihan negara cecah AS$750 bilion

Bernama
Bernama
05/07/2022
07:37 MYT
Perdana Menteri Ukraine anggar kos pemulihan negara cecah AS$750 bilion
Ukraine juga mengalu-alukan derma daripada pelbagai negara dan pemberi pinjaman antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak pembiayaan. - Gambar fail
MOSCOW: Akibat operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, kos membina semula negara dilanda perang itu kini dianggarkan akan menelan belanja sekitar US$750 bilion, kata Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal pada Isnin.
"Siapa yang harus bertanggungjawab membayar kos pemulihan negara, yang kini dianggar bernilai AS$750 bilion?
"Kami rasa aset Rusia dan oligarki negara itu yang dirampas boleh digunakan untuk membiayai pembinaan semula Ukraine," katanya pada Persidangan Pemulihan Ukraine di Switzerland.
Shmyhal berkata aset Rusia bernilai AS$300 bilion hingga AS$500 bilion Rusia telah dibekukan dan sebahagian daripada wang itu telah dirampas kerajaan asing.
Ukraine juga mengalu-alukan derma daripada pelbagai negara dan pemberi pinjaman antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak pembiayaan, lapor Sputnik.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#pembinaan semula
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan