DUNIA

Perdana Menteri Vietnam akan hadir Sidang Kemuncak BRICS Diperluas di Brazil

Bernama 03/07/2025 | 22:15 MYT
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh akan mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Brazil dari 4 hingga 8 Julai bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Diperluas serta mengadakan pertemuan dua hala. - Gambar Reuters
HANOI: Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh bersama isteri akan mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Brazil dari 4 hingga 8 Julai bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Diperluas serta mengadakan pertemuan dua hala.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memetik kenyataan Kementerian Luar, lawatan itu adalah atas jemputan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Sidang Kemuncak BRICS ke-17 akan berlangsung di Rio de Janeiro pada 6 hingga 7 Julai di bawah kepengerusian Brazil.

Perhimpunan tahun ini menandakan kali pertama kumpulan BRICS yang pada asalnya terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan bersidang sebagai gabungan yang diperluas.

Vietnam diterima sebagai "negara rakan" BRICS awal bulan ini, membolehkan penyertaan dalam perbincangan sidang kemuncak serta kerjasama pembangunan bersama negara anggota.

-- BERNAMA





#PM Vietnam #BRICS #Pham Minh Chinh #Sidang Kemuncak BRICS Diperluas