PARIS:Pereka fesyen couture terkemuka dunia, Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun di Hospital Neuilly, Barat Perancis pada Selasa, umum keluarganya.
“Hari ini merupakan hari yang penuh dukacita buat kami sekeluarga kerana Pierre Cardin sudah tiada,” kata keluarganya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.
Tambah kenyataan itu, Cardin telah meninggalkan legasi sebagai “warisan seni yang unik dan hebat” bukan sahaja dalam dunia fesyen, malah kepada Perancis .
Cardin dilahirkan di Itali, namun memula dan memperkenalkan jenamanya sebagai seorang bintang pereka fesyen di Paris.
“Sebagai anak kelahiran Itali, Pierre Cardin tidak pernah melupakan asal usulnya sambil memperkenalkan cinta tanpa syarat dalam hasil kerjanya di Perancis,” tambah keluarganya.
Cardin dilahirkan dalam keluarga yang miskin pada tahun 1922 berhampiran Venice, sebelum keluarganya berpindah ke Perancis ketika beliau masih kecil.
Antara hasil legasi Cardin termasuk menghasilkan busana bagi filem Disney, Beauty and the Beast 1946 dan koleksi “Space Age” yang sehingga kini menjadi satu penanda aras bagi trend gaun potongan, seluar kulit ketat dan sebagainya.
Pereka fesyen jahitan couture itu adalah yang pertama memulakan jualan busana di pasar raya sekitar 1950-an, selain menjadi yang pertama menjual minyak wangi, aksesori dan makanan, yang kini menjadi sumber pendapatan besar bagi jenama-jenama fesyen seluruh dunia.
“Kami sangat bangga dengan cita-cita tinggi serta pencapaian mendiang selama tempoh kehidupannya,” tambah keluarganya lagi.
Saraya Mia
Tue Dec 29 2020

Cardin dilahirkan dalam keluarga yang miskin pada tahun 1922 berhampiran Venice, sebelum keluarganya berpindah ke Perancis ketika beliau masih kecil. - Gambar fail/ Reuters

Jenayah | Dua laras senapang, pistol dijumpai dalam sungai
Polis Kelantan akhirnya menemui dua laras senapang dan satu pistol yang dibuang ke dalam sungai Kelantan berhampiran Jambatan Ibrahim Ali dekat Tendong, Pasir Mas pada Jumaat lalu. Selaras senapang patah, selaras senapang jenis AK47 dan satu pistol itu dipercayai dibuang dua suspek ke dalam sungai itu untuk melupuskan bukti kegiatan pemburuan secara haram.

Wawancara Oprah | Harry, Meghan dedah jantina anak kedua
Duke And Duchess Of Sussex mengumumkan cahaya mata kedua mereka adalah anak perempuan. Pendedahan itu dibuat Putera Harry dan isterinya Meghan Markle sendiri kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad.

Pasangan Diraja | Meghan Markle dedah tekanan daripada keluarga
Duke dan Duchess Of Sussex membuat beberapa pendedahan mengejutkan dalam temu bual bersama Oprah Winfrey yang ditayangkan pada Ahad. Meghan Markle menceritakan tentang tekanan yang dialami sejak menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Britain, sehingga mula memikirkan tentang cara membunuh diri. Menurut Meghan, antara isu yang dipertikaikan keluarga itu, termasuk warna kulit anaknya, dikhuatiri terlalu gelap.

Hari Wanita | 120 juta bunga diimport sempena meraikan wanita
Hari wanita disambut meriah di Rusia, antara negara yang menetapkan 8 Mac sebagai cuti umum setiap tahun. Sudah menjadi tradisi di negara itu untuk memberi bunga kepada wanita sempena sambutan istimewa ini.

Pembukaan Sekolah | Wujudkan pusat sehenti pemerikasaan kesihatan
Pihak sekolah disaran mewujudkan pusat sehenti pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan ibu bapa secara sukarela bagi membantu mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar. Yang Dipertua Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berpendapat, dengan adanya pusat sehenti itu, ia dapat meringankan bebanan guru.

Pembukaan Sekolah | Mansuh cuti penggal, elak lebih ketinggalan
Dalam pada itu mimbar turut mencadangkan supaya cuti penggal tahun ini dimansuhkan. Jelas Yang Dipertuanya Datin Seri Ismalina Ismail, ia bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelari semula subjek atau topik yang tertinggal. Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasaskan asrama melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

Jenayah | Penganggur dihukum penjara 7 tahun
Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.

Pencemaran sungai | Sungai Kim Kim: KASA siasat tompok air hitam
15 pegawai alam sekitar dan air (KASA) diarah menyiasat tompokan air hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Pereka fesyen Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun
Pereka fesyen terkemuka dunia, Pierre Cardin menghembuskan nafas terakhir pada usia 98 tahun di Hospital Neuilly, Barat Perancis pada Selasa.