awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pereka fesyen terkenal Australia, Carla Zampatti meninggal dunia pada usia 78 tahun

Agensi
Agensi
03/04/2021
06:35 MYT
Pereka fesyen terkenal Australia, Carla Zampatti meninggal dunia pada usia 78 tahun
Carla Zampatti yang terkenal dengan hasil ilham bercorak elegen lebih setengah abad meninggal dunia pada usia 78 tahun di Sydney. - Gambar Facebook / Carla Zampatti
SYDNEY: Ikon fesyen Australia, Carla Zampatti, yang terkenal dengan hasil ilham bercorak elegan lebih setengah abad meninggal dunia pada usia 78 tahun di Sydney.
Reuters melaporkan, mendiang pada minggu lalu dimasukkan ke hospital selepas terjatuh tangga ketika menghadiri pertunjukan opera.
Menurut laporan itu, berita terbabit disahkan oleh keluarga mendiang menerusi kenyataan di sini, pada Sabtu.
"Zampatti mengukir nama sebagai usahawan terkemuka menerusi perubahan radikal dan sosial. Beliau memperjuangkan gerakan hak wanita pada tahun 1960-an menerusi kretivitinya," kata keluarganya dalam kenyataan itu.
Pelakon Nicole Kidman dan Cate Blanchett serta bekas Perdana Menteri Julia Gillard, adalah antara orang kenamaan Australia yang pernah 'memperagakan' hasil kreativiti Zampatti.
Pada awal tahun 1970-an, Zampatti menjadi pereka fesyen pertama yang mengetengahkan pakaian renang, sekali gus dilihat memecah konservatif sosial di Australia.
Dilahirkan di Itali pada 1942, keluarganya berhijrah ke Australia lapan tahun kemudian.
Zampatti menghasilkan koleksi berskala kecil pada 1965 sebelum menubuhkan syarikat sendiri atas nama Carla Zampatti Pty Ltd, lima tahun kemudian.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan negara itu kehilangan seorang rakyat Australia yang sarat dengan falsafah dan memberi insiprasi kepada yang lain.
Topic Berkaitan
#Carla Zampatti
#pereka fesyen
#Julia Gillard
#Australia
#meninggal dunia
#popular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan