Perenang Olimpik 'cabar' jerung dalam lumba renang

Agensi
Jun 17, 2017 14:01 MYT
Michael Phelps bakal menyertai perlumbagaan terunggul abad ini -- lumba renang dengan seekor jerung. -Gambar fail
ATLET sukan renang yang paling berjaya dalam sejarah Olimpik, Michael Phelps, 31, bakal menyertai perlumbagaan terunggul abad ini.
Beliau akan berlumba dengan seekor jerung dalam satu perlumbaan yang ditaja Discovery Channel.
Phelps yang telah memenangi 23 pingat emas Olimpik dan bersara pada 2016 dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 10 kilometer sejam di dalam air.
Lawannya seekor jerung Great White pula boleh mencapai kelajuan sehingga 40 kilometer sejam.
Rancangan itu dijadual ditayangkan pada Julai nanti.
#Discovery Channel #Great White #jerung #Michael Phelps #Olimpik #perenang Olimpik