BANGKOK: Tiga bulan selepas ASEAN sepakat mengenai Konsensus Lima Perkara, blok itu pada Rabu mengumumkan pelantikan duta khas untuk mempermudah proses dialog di Myanmar.
Pelantikan itu menjadi satu titik perubahan dalam usaha ASEAN membantu mengembalikan keamanan dan demokrasi di Myanmar.
Dalam pernyataan bersama dikeluarkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 baru-baru ini, Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof dilantik sebagai duta itu dan sudah tentu kini semua perhatian tertumpu kepada beliau.
Menteri itu akan memulakan tugas di Myanmar, termasuk membina keyakinan dan kepercayaan dengan mendapat kebenaran bertemu semua pihak berkaitan selain menyediakan jadual pelaksanaan konsensus berkenaan.
Konsensus lima perkara itu yang pertama, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang; kedua, dialog konstruktif antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat; ketiga, duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN; keempat, ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat AHA; dan kelima, duta khas dan delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.
Sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari yang menggulingkan kerajaan diterajui Aung San Suu Kyi, Myanmar telah dicengkam krisis politik dan kesihatan awam yang semakin meruncing, diburukkan lagi dengan peningkatan kes COVID-19.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan China meminta ASEAN menghentikan keganasan di Myanmar yang setakat ini telah meragut hampir 900 nyawa.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengalu-alukan pelantikan itu berkata, duta khas itu mesti diberikan kebebasan bertemu semua pihak di negara itu dalam usaha membantu menangani keadaan semasa di Myanmar.
Bagaimanapun, Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan memberi ingatan agar tidak meletakkan harapan terlalu tinggi manakala kementerian luar Indonesia berharap Erywan dapat melaporkan perkembangan terkini menjelang September.
Majlis Penasihat Khas Myanmar (SAC-M) berkata duta khas itu mesti menamatkan keganasan junta tentera dan berhubung dengan wakil rakyat bermula dengan Kerajaan Perpaduan (NUG), kerajaan bayangan di Myanmar.
Dalam satu kenyataan, Chris Sidoti dari SAC-M berkata tidak perlu membazirkan masa dan duta khas perlu segera mewujudkan gencatan senjata dan tentera berundur ke markas.
"Pelaksanaan konsensus lima perkara amat perlu disegerakan," katanya.
Namun, Tatmadaw (kerajaan tentera) telah memberikan bayangan tidak akan menerima sebarang kerjasama dengan duta Khas ASEAN dan NUG, kata Menteri Luarnya Wunna Maung Lwin ketika Mesyuarat Menteri ASEAN-Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, apa-apa jua sokongan diberikan EU atau mana-mana negara terhadap konsensus itu tidak akan membantu duta khas mahupun Myanmar.
"Myanmar tidak akan menyokong penglibatan dengan CPRH dan NUG sejak Jawatankuasa Pusat Anti-Keganasan pada Mei tahun ini mengisytiharkan mereka sebagai kumpulan pengganas," katanya
Sementara itu, ratusan kumpulan sivil Myanmar pada Jumaat menolak pelantikan duta khas ASEAN, dan menurut mereka blok serantau itu seharusnya terlebih dahulu berunding dengan pelbagai pihak termasuk yang membantah pemerintahan junta.
Sekarang, masanya untuk Erywan bekerja menyelesaikan krisis dengan membawa semua pihak terlibat ke meja rundingan dan membuktikan kepada dunia bahawa ASEAN mampu menangani krisis di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021
Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof dilantik sebagai duta itu dan sudah tentu kini semua perhatian tertumpu kepada beliau. - Foto BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.