DUNIA
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Belanjawan itu sebahagian besarnya mencerminkan cadangan Guterres bagi pemotongan sumber kewangan sebanyak 15 peratus serta pengurangan hampir 19 peratus daripada jumlah kakitangan. - Gambar fail Reuters/Ibraheem Abu Mustafa
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan belanjawan program organisasi itu bagi tahun 2026 yang berjumlah US$3.45 bilion, pada Selasa lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Belanjawan itu sebahagian besarnya mencerminkan cadangan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bagi pemotongan sumber kewangan sebanyak 15 peratus serta pengurangan hampir 19 peratus daripada jumlah kakitangan.
Terdahulu pada hari yang sama, belanjawan itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kelima Perhimpunan Agung yang bertanggungjawab bagi urusan pentadbiran dan belanjawan.
Rundingan mengenai belanjawan program 2026 itu menonjolkan kekangan kewangan yang sedang dihadapi serta inisiatif UN80 yang lebih luas, bertujuan meningkatkan kecekapan, mengurangkan pertindihan fungsi dan menyelaraskan sumber dengan mandat agensi dengan lebih baik.
Negara anggota berbahas hebat mengenai saiz dan skop belanjawan itu, termasuk cadangan pengurangan jawatan kakitangan, pembiayaan untuk misi politik khas, serta peruntukan sumber bagi keutamaan reformasi baharu.
Perbincangan menjadi lebih rumit berikutan kebimbangan terhadap cabaran aliran tunai, sumbangan yang lewat atau tidak lengkap daripada negara anggota, serta keperluan untuk mengimbangi disiplin fiskal dengan keperluan operasi organisasi.
Menurut Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Perancangan Program, Kewangan dan Belanjawan serta Pengawal, Chandramouli Ramanathan, sebanyak 2,900 jawatan akan dimansuhkan bermula Rabu.
PBB mengakhiri tahun 2024 dengan tunggakan berjumlah US$760 juta. Setakat 1 Disember 2025, sebanyak US$709 juta bagi tahun 2024 masih belum dibayar, manakala tambahan US$877 juta yuran bagi tahun 2025 masih belum diterima, menjadikan jumlah keseluruhan tunggakan adalah sebanyak US$1.586 bilion.
--BERNAMA-XINHUA
Ringkasan AI
- Perhimpunan Agung PBB meluluskan belanjawan program 2026 sebanyak US$3.45 bilion, dengan cadangan pemotongan sumber kewangan 15% dan pengurangan hampir 19% jumlah kakitangan.
- Rundingan belanjawan menonjolkan kekangan kewangan, inisiatif UN80, penekanan pada kecekapan, pengurangan pertindihan fungsi, dan penyelarasan sumber dengan mandat agensi.
- Sebanyak 2,900 jawatan di PBB akan dimansuhkan bermula Rabu, berikutan tunggakan kewangan berjumlah US$1.586 bilion sehingga Disember 2025.