awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah

Bernama
Bernama
15/10/2023
04:45 MYT
Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Penunjuk perasaan membawa bendera besar Palestin ketika perhimpunan solidariti bersama Gaza, di Dublin, Ireland. - Gambar/ Reuters
GENEVA: Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
Beratus-ratus berhimpun di Stockholm sebagai membantah serangan Israel terhadap wilayah berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
"Free Palestine", "Free Jerusalem" dan "Freedom for Gaza" dilaungkan dan bendera Palestin dikibarkan oleh rakyat Sweden, Palestin, Arab dan dari pelbagai bangsa tanpa mengira peringkat umur.
Di Dublin, beribu-ribu peserta perhimpunan menyuarakan sokongan terhadap Palestin, sambil melaungkan slogan "Palestine will be free" dan "Occupation no more.
"Mereka juga membawa bendera dan sepanduk Palestin, menuntut kepungan di Gaza dihentikan.
Sentimen yang sama bergema di Scotland, dengan ribuan orang turun ke jalanan di Glasgow bagi menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.
Protes besar-besaran di Milan mempamerkan mesej yang sama: "Free Palestine.
"Di Berlin, polis tidak membenarkan demonstrasi bagi menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin.
Sekumpulan peserta berkumpul di dataran di hadapan Pintu Brandenburg, selepas memohon permit untuk mengadakan tunjuk perasaan.Bagaimanapun, polis meminta mereka meninggalkan dataran atas alasan protes diharamkan.
-BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#tunjuk perasaan
#eropah
#Free Palestine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan