DUNIA
Perintis hak asasi AS Claudette Colvin meninggal dunia
Tindakan berani Colvin (foto) ketika berusia 15 tahun menjadi pencetus kepada keputusan mahkamah menamatkan pengasingan kaum di bas bandar Montgomery pada 1956. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Perintis gerakan hak asasi Amerika Syarikat (AS), Claudette Colvin, meninggal dunia pada Isnin di Texas pada usia 86 tahun, menurut kenyataan Claudette Colvin Legacy Foundation.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Colvin, yang lahir pada 5 Sept 1939 di Montgomery, Alabama, mencatat sejarah apabila ditangkap pada 2 Mac 1955 kerana enggan menyerahkan tempat duduk kepada seorang wanita kulit putih di dalam bas — sembilan bulan sebelum tindakan ikonik Rosa Parks.
Tindakan berani Colvin ketika berusia 15 tahun menjadi pencetus kepada kes mahkamah Browder v. Gayle, yang akhirnya membawa kepada keputusan Mahkamah Agung AS menamatkan pengasingan kaum di bas bandar Montgomery pada 1956.
“Beliau seorang wanita luar biasa yang berani menentang ketidakadilan pada usia yang sangat muda,” kata yayasan itu dalam kenyataan rasmi.
Walaupun peranannya kurang mendapat perhatian berbanding Rosa Parks, Colvin kekal sebagai simbol keberanian dan keteguhan dalam perjuangan menuntut kesaksamaan hak asasi di AS.
Pemergian Colvin turut mendapat penghormatan daripada aktivis dan pemimpin hak asasi manusia yang menyifatkan beliau sebagai inspirasi kepada generasi baharu dalam menentang diskriminasi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Claudette Colvin, perintis gerakan hak asasi AS, meninggal dunia pada usia 86 tahun di Texas, menurut kenyataan Claudette Colvin Legacy Foundation.
- Colvin, ditangkap pada 2 Mac 1955 kerana enggan menyerahkan tempat duduk kepada wanita kulit putih dalam bas, mencetuskan kes mahkamah Browder v. Gayle yang mengakhiri pengasingan kaum di bas bandar Montgomery pada 1956.
- Meskipun kurang popular berbanding Rosa Parks, Colvin kekal sebagai simbol keberanian dalam perjuangan hak sivil di AS, memberi inspirasi kepada generasi baharu dalam menentang diskriminasi.
Colvin, yang lahir pada 5 Sept 1939 di Montgomery, Alabama, mencatat sejarah apabila ditangkap pada 2 Mac 1955 kerana enggan menyerahkan tempat duduk kepada seorang wanita kulit putih di dalam bas — sembilan bulan sebelum tindakan ikonik Rosa Parks.
Tindakan berani Colvin ketika berusia 15 tahun menjadi pencetus kepada kes mahkamah Browder v. Gayle, yang akhirnya membawa kepada keputusan Mahkamah Agung AS menamatkan pengasingan kaum di bas bandar Montgomery pada 1956.
“Beliau seorang wanita luar biasa yang berani menentang ketidakadilan pada usia yang sangat muda,” kata yayasan itu dalam kenyataan rasmi.
Walaupun peranannya kurang mendapat perhatian berbanding Rosa Parks, Colvin kekal sebagai simbol keberanian dan keteguhan dalam perjuangan menuntut kesaksamaan hak asasi di AS.
Pemergian Colvin turut mendapat penghormatan daripada aktivis dan pemimpin hak asasi manusia yang menyifatkan beliau sebagai inspirasi kepada generasi baharu dalam menentang diskriminasi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah Claudette Colvin dan mengapa namanya penting dalam sejarah hak asasi manusia di Amerika Syarikat?
A: Claudette Colvin adalah perintis gerakan hak asasi Amerika Syarikat yang terkenal kerana menolak menyerahkan tempat duduknya kepada seorang wanita kulit putih dalam bas, sembilan bulan sebelum tindakan ikonik Rosa Parks. - Q: Apakah kesan tindakan berani Claudette Colvin terhadap masalah pengasingan kaum di bas bandar Montgomery?
A: Tindakan Claudette Colvin membawa kepada kes mahkamah Browder v. Gayle yang akhirnya menyebabkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat menamatkan pengasingan kaum di bas bandar Montgomery pada tahun 1956. - Q: Bagaimanakah pemergian Claudette Colvin diterima oleh masyarakat dan aktivis hak asasi manusia?
A: Pemergian Claudette Colvin diterima dengan penghormatan dan dianggap sebagai inspirasi kepada generasi baharu dalam menentang diskriminasi, walaupun peranannya kurang mendapat perhatian berbanding dengan Rosa Parks.