DUNIA
Perintis penemuan DNA, James Watson meninggal dunia pada usia 97 tahun
Saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS), James Dewey Watson, yang terkenal dengan penemuan struktur heliks berganda DNA meninggal dunia pada Khamis. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS), James Dewey Watson, yang terkenal dengan penemuan struktur heliks berganda DNA meninggal dunia pada Khamis.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 97 tahun.
Pemergian Watson disahkan oleh Cold Spring Harbor Laboratory, tempat beliau berkhidmat dan menjalankan penyelidikan selama beberapa dekad.
Mendiang Watson meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan paliatif di East Northport, Long Island, selepas dirawat di hospital akibat jangkitan.
Watson bersama Francis Crick dan Maurice Wilkins dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1962 atas penemuan struktur DNA yang menyerupai tangga berpintal - satu pencapaian yang membuka jalan kepada revolusi dalam bidang biologi molekul, perubatan, forensik dan genetik.
“Kami telah menemui rahsia kehidupan,” kata mereka ketika mengumumkan penemuan bersejarah itu pada 1953.
Legasi saintifik dan kontroversi
Walaupun Watson dikenang sebagai tokoh penting dalam dunia sains, legasinya turut dicemari oleh kenyataan kontroversi berkaitan kaum dan kecerdasan.
Pada 2007, beliau dilaporkan berkata bahawa ujian menunjukkan tahap kecerdasan orang Afrika tidak setara dengan bangsa lain - kenyataan yang mencetuskan kecaman meluas dan menyebabkan beliau digugurkan daripada jawatan Canselor di Cold Spring Harbor Laboratory.
Pada 2019, Watson sekali lagi mengulangi pandangan tersebut dalam sebuah dokumentari televisyen, menyebabkan makmal berkenaan menarik balik semua gelaran kehormat yang pernah diberikan kepadanya.
Pihak makmal menyifatkan kenyataan Watson sebagai “tidak berasas dan tidak dapat diterima dalam dunia sains.”
Dilahirkan di Chicago pada 6 April 1928, Watson memperoleh ijazah sarjana muda dalam zoologi dari University of Chicago dan PhD dari Indiana University.
Beliau mula menjalankan penyelidikan DNA di Universiti Cambridge, di mana beliau bertemu Crick dan memulakan kerjasama yang membawa kepada penemuan struktur DNA.
Selain penemuan DNA, Watson turut memainkan peranan penting dalam Projek Genom Manusia dan menghasilkan beberapa buku berpengaruh termasuk memoir terkenal, The Double Helix.
Walaupun pandangan peribadinya menimbulkan kontroversi, sumbangan saintifik Watson tetap menjadi asas kepada pelbagai kemajuan dalam bidang genetik dan bioteknologi. - Agensi