awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad

Agensi
Agensi
24/05/2024
00:30 MYT
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Keranda Ebrahim Raisi diiringi ribuan penyokong semasa diarak sebelum dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza. - Gambar AFP
MASHHAD : Presiden Iran, Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat memenuhi jalanan untuk mengiri perjalanan akhir Allahyarham.
Majlis pengebumian Ebrahim diadakan empat hari selepas beliau meninggal dunia dalam nahas helikopter.
Allahyarham Ebrahim, 63, dilihat calon paling tepat untuk menggantikan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei yang berusia 85 tahun.
Manakala, pengganti Ebrahim, Mohammad Mokhber, yang pernah menjadi Naib Presiden pertama akan berkhidmat sebagai Presiden sementara sehingga pilihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada 28 Jun depan.
Pengebumian jenazah Allahyarham Ebrahim turut dihadiri oleh pegawai kerajaan dan tentera Iran, serta tokoh agama.
Bunga dilemparkan ke kerandanya ketika ia bergerak perlahan menaiki trak melalui kerumunan orang ramai untuk dikebumikan di Kubah Emas Imam Reza, tapak suci Islam Iran dan dihormati sebagai tempat Imam Ali Al-Reza abad ke-9 disemadikan.
Ebrahim berasal dari Mashhad, iaitu 900 kilometer dari timur Tehran.
Allahyarham Ebrahim maut dalam insiden helikopter terhempas yang turut menyebabkan lapan penumpang dan anak kapal terbunuh termasuk Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian pada Ahad lalu.
Helikopter berkenaan terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan.
Iran mengisytiharkan lima hari berkabung untuk Ebrahim.
Hossein pula dikebumikan di selatan Tehran di makam di bandar Rey Shah Abdolazim, di mana ahli politik dan tokoh terkenal Iran dikebumikan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Ebrahim Raisi
#Iran
#belasungkawa
#pengebumian
#Hossein Amirabdollahian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan