DUNIA
Perjanjian gencatan senjata Gaza boleh dicapai minggu ini - Trump
Presiden Trump berkata, perjanjian gencatan senjata di Gaza mungkin dicapai dengan kumpulan Palestin Hamas minggu ini. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, perjanjian gencatan senjata di Gaza mungkin dicapai dengan kumpulan Palestin Hamas minggu ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Saya percaya ada peluang yang baik untuk kita mencapai perjanjian dengan Hamas minggu ini yang melibatkan beberapa tawanan... kita telah berjaya membebaskan ramai tawanan, tetapi berkaitan baki tawanan, sebahagian besar daripada mereka akan dibebaskan. Kami menjangkakan ia dapat diselesaikan minggu ini," kata Trump kepada pemberita di Morristown, New Jersey.
Kenyataan itu dibuat menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih pada Isnin.
Ditanya mengenai mesejnya kepada Netanyahu esok, Trump berkata: "Kami sedang bekerjasama dalam banyak perkara dengan Israel dan satu daripada perkara itu mungkin perjanjian secara kekal dengan Iran."
Netanyahu berlepas dari Tel Aviv pada Ahad ke Washington DC untuk bertemu dengan Trump bagi bagi mengadakan perbincangan mengenai isu serantau, termasuk gencatan senjata Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan.
Dalam lawatan ketiganya ke Amerika Syarikat dalam tempoh enam bulan, beliau juga dijadual bertemu dengan pegawai kanan pentadbiran AS dan ahli kanan Kongres daripada kedua-dua parti.
-- BERNAMA