awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian Nuklear 2015: AS sedia patuhi komitmen jika Iran berbuat demikian

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2022
00:30 MYT
Perjanjian Nuklear 2015: AS sedia patuhi komitmen jika Iran berbuat demikian
AS dan Iran bagaimanapun tidak mendedahkan butiran persetujuan untuk menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015. -Astro AWANI
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedia mematuhi komitmennya di bawah Perjanjian Nuklear 2015 sekiranya Iran berbuat demikian.
Syarat itu dinyatakan Washington selepas memberi maklum balas kepada draf akhir tawaran Kesatuan Eropah (EU) untuk menyelamatkan perjanjian itu.
"Kami mengambil pendekatan berprinsip sejak rundingan bermula.
"Sekiranya Iran sedia mematuhi komitmennya di bawah perjanjian 2015, kami juga sedia melakukan perkara yang sama.
"Pentadbiran White House dan sekutu kami sudah bersedia dengan senario sama ada dengan persetujuan atau tanpa persetujuan untuk kembali kepada JCPOA (Pelan Tindakan Komprehensif Bersama).
"Presiden akan memuktamadkan perjanjian ini berdasarkan kepentingan keselamatan negara.
"Kami ulangi bahawa diplomasi ialah cara yang paling betul untuk menghidupkan kembali perjanjian ini."
Pentadbiran Biden pada Rabu sudah memberi maklum balas kepada tawaran terbaharu Iran.
Dokumen itu dibentangkan selepas rundingan tidak langsung Iran-AS selama 16 bulan.
Namun kedua-dua pihak tidak mendedahkan butiran persetujuan untuk menghidupkan semula perjanjian berkenaan.
AS menarik diri daripada perjanjian nuklear pada 2018 di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Iran
#Perjanjian Nuklear 2015
#JCPOA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan