Perjanjian nuklear: AS akan teruskan rundingan dengan Iran

Astro Awani
Julai 15, 2021 04:10 MYT
PSAKI: Kami akan kekal meneruskan dialog, meneruskan hubungan diplomatik yang pada pandangan kami kekal konstruktif. -Gambar fail/Reuters
Amerika Syarikat (AS) akan terus berunding dengan Iran berhubung isu nuklear.
Perkara itu disahkan Setiausaha White House, Jen Psaki.
"Kami masih melihat kepentingan Amerika Syarikat untuk terus mengadakan rundingan supaya kami mempunyai gambaran yang jelas berhubung laluan Iran untuk menghasilkan senjata nuklear.
"Kami akan kekal meneruskan dialog, meneruskan hubungan diplomatik yang pada pandangan kami kekal konstruktif," kata Psaki.
Iran sebelum ini mendakwa mempunyai kemampuan memperkaya uranium ke tahap 90 peratus.
Uranium pada tahap berkenaan adalah untuk menghasilkan senjata nuklear.
Bagaimanapun, Tehran mendakwa masih mematuhi had yang ditetapkan seperti dalam Perjanjian Nuklear 2015, walaupun setelah beberapa kali didakwa mencabuli perjanjian itu.
Tindakan itu adalah selepas Amerika Syarikat umum tarik diri daripada perjanjian berkenaan.
#Iran #Amerika Syarikat #perjanjian nuklear #Jen Psaki #White House #senjata nuklear #uranium