KUALA LUMPUR :Masuk minggu kedua selepas melangkah ke tahun baharu, 2021, dunia masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda akibat dihimpit virus COVID-19.
Malah, kini jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia sudah menjangkau 90 juta kes.
Dalam tempoh 24 jam yang lepas sahaja, lebih ratusan ribu kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif global meningkat kepada 90.6 juta.
Peningkatan kes sejak kebelakangan ini turut memaksa beberapa negara melaksanakan semula sekatan atau ‘lockdown’ di negara mereka.
Berikut antara negara yang kembali melaksanakannya semula:
1) Amerika Syarikat
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 22.5 juta kes.
Terbaharu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan darurat di Washington D.C. menjelang pelantikan rasmi presiden yang dipilih Joe Biden yang dijadual 20 Januari ini, lapor White House pada Isnin.
Pengisytiharan itu membolehkan agensi kecemasan seperti Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan 'menyelaraskan usaha bantuan bencana'.
2) Britain
Britain kembali melakukan ‘lockdown’ sehingga pertengahan Februari. Memetik laporan The Guardian, minggu lalu, Perdana Menterinya, Boris Johnson mengumumkan bahawa semua sekolah akan mengimplementasikan pembelajaran jarak jauh.
Sekitar 44 juta rakyat di negara itu terpaksa meneruskan kehidupan dibawah sekatan ketat yang dikenakan oleh Britain. Ini setelah Britain mencatatkan angka kematian terburuk di dunia akibat COVID-19.
3) Lebanon
Lebanon mengumumkan perintah sekatan dan kawalan pergerakan yang ketat di tiga pekan. Menurut Menteri Kesihatan Lebanon, Hamad Hasan, langkah tersebut adalah bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan. Justeru, kerajaan Lebanon meneruskan langkah sekatan yang berkuat kuasa sejak 7 Januari lalu hingga 1 Februari 2021.
Tambah beliau, hospital di negara berkenaan juga padat dan tidak mampu menampung pesakit lagi ketika ini.
4) China
11 juta rakyat China yang mendiami kota Shijiazhuang turut terkesan dengan lockdown yang dilaksanakan di bandar berkenaan, setelah terdapat 100 kes COVID-19 dilaporkan. Susulan langkah itu, penduduk yang tinggal di bandar tersebut tidak dibenarkan merentas daerah. Sekolah juga tidak dibenarkan beroperasi.
5) Thailand
Pihak berkuasa Thailand terus memantau secara ketat pergerakan orang awam di negara itu. Menurut laporan agensi, Thailand secara aktif memerangi peningkatan kes COVID-19, setelah sejak berbulan-bulan tidak melaporkan kes jangkitan dalam kalangan warga tempatan.
Susulan itu, Thailand membangunkan lebih banyak pusat rawatan khasnya di kawasan yang mencatatkan jumlah kes yang tinggi. Ia termasuk Bangkok, Samut, Sakhon, Chon Buri, Rayong, Chanthaburi dan Trat. Perjalanan merentas ke provinsi tersebut juga tidak dibenarkan melainkan atas urusan penting.
Nickyson Nyambar
Tue Jan 12 2021
Beberapa buah negara di seluruh sudah mula mengambil langkah pencegahan bagi memutuskan rantaian COVID-19. Ini termasuk mengimplementasi arahan kawalan pergerakan secara ketat buat orang awam. - Gambar Fail
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
AirAsia X umum penstrukturan semula hutang sudah selesai
Cadangan penstrukturan semula hutang itu diluluskan pemiutangnya pada 12 Nov 2021 dan Mahkamah Tinggi Malaya pada 16 Dis 2021.
MITI beri jaminan tiada penutupan penuh sektor ekonomi jika COVID-19 meningkat
Mohamed Azmin berkata, penutupan sektor-sektor ekonomi sebelum ini telah memberi kesan besar terutamanya kepada rakyat.
Atasi peraturan 'lockdown': Jurulatih kecergasan Sydney bawa gimnasium ke ruang terbuka
Aktiviti mereka adakalanya dilakukan di bawah naungan khemah atau pergola sekiranya cuaca hujan.
COVID-19: Lebih 2,000 kes sehari, Korea Selatan rekod angka tertinggi baharu
Lonjakan melepasi angka 2,000 yang direkodkan buat pertama kali ini membawa jumlah jangkitan kepada 216,206 kes dengan 2,135 kematian.
COVID-19: Duterte perintahkan 'lockdown' di Manila, usaha atasi ancaman varian Delta
Langkah itu antara lain untuk melindungi sistem perubatan negara itu yang buat masa ini berdepan cabaran besar.
COVID-19: Rusia catat korban tertinggi empat hari berturut-turut
Jumlah kes harian juga mencatatkan peningkatan berganda berbanding sebelum ini, daripada 9,000 kes pada awal Jun kepada lebih 20,000 kes minggu ini.
Sekatan di Perancis berakhir, orang ramai mula keluar seperti biasa
Selepas beberapa hari dikenakan perintah sekatan akibat peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, rakyat Perancis kembali menjalani hidup seperti biasa.
Daerah kedua Sepanyol laksana semula perintah sekatan
Penduduk akan dibenarkan keluar bekerja bagi tempoh lima hari sementara perhimpunan hanya dibenarkan tidak melebihi 10 individu.
Tokyo keluar amaran COVID-19
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memaklumkan amaran dikeluarkan susulan peningkatan kes jangkitan dengan 34 kes baharu dilaporkan di bandar itu.
COVID-19: Perancis cadang lanjut sekatan dua bulan lagi
Menteri Dalam Negeri, Olivier Veran memaklumkan ia sekali gus bermakna sekatan akan dilaksanakan hingga 24 Julai depan.