DUNIA
Perkhidmatan Google pulih selepas gangguan jejas jutaan pengguna di Eropah
Pengguna menghadapi kesukaran mengakses pelbagai perkhidmatan Google termasuk Chrome dan Google Translate. - Reuters
ISTANBUL: Akses kepada perkhidmatan Google dipulihkan Khamis selepas gangguan meluas menjejaskan jutaan pengguna di puluhan negara, dengan gangguan dilaporkan pada platform, termasuk YouTube, Gmail dan Maps, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut laman pengesan gangguan DownDetector, laporan gangguan meningkat secara mendadak sekitar 10 pagi waktu tempatan (0700GMT), apabila pengguna menghadapi kesukaran mengakses pelbagai perkhidmatan Google termasuk Chrome dan Google Translate. Gangguan itu berlarutan selama kira-kira sejam sebelum reda sekitar 0800GMT.
Timbalan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye, Omer Fatih Sayan mengesahkan gangguan itu dengan berkata ia menjejaskan Turkiye serta sebahagian besar Eropah.
"Google, Android dan perkhidmatan berkaitan sedang mengalami gangguan yang merangkumi Turkiye dan Eropah," kata Sayan.
Google masih belum mengulas mengenai punca gangguan itu.
"Terdapat peningkatan laporan yang mendadak bermula 7.10 GMT dan berlarutan selama sejam. Semasa gangguan itu, kami menerima laporan dari Turkiye, Bulgaria, Greece, Georgia, Croatia, Serbia, Armenia, Romania, Belanda, Jerman dan 38 negara lain," menurut laman pengesan Outage Report.
Beberapa pengguna juga melaporkan masalah mengakses Spotify semasa gangguan itu.
-- BERNAMA