Perkhidmatan kereta api tergendala ayam terlepas di landasan

Astro Awani
Mei 17, 2023 00:15 MYT
Ayam berkenaan akhirnya berjaya ditangkap dan perkhidmatan kereta api kembali pulih sejurus selepas itu. - Foto AP
MEXICO CITY: Perkhidmatan kereta api bawah tanah di Mexico City, Mexico terpaksa dihentikan seketika selepas seekor ayam terlepas di landsan.
Rakaman video menunjukkan bekalan elektrik ditutup di salah satu stesen perkhidmatan Metro bagi membantu usaha menangkap haiwan itu.
Ayam berkenaan akhirnya berjaya ditangkap dan perkhidmatan kereta api kembali pulih sejurus selepas itu.

A chicken on the loose brought subway service in Mexico City to a temporary halt Tuesday. After several failed attempts to capture it, the metro system said service was quickly restored after the chicken was eventually caught. pic.twitter.com/kR36SEHQFT

— The Associated Press (@AP) May 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemalangan melibatkan kereta api bawah tanah di Mexico City menjadi beban pada Datuk Bandar Claudia Sheinbaum yang dilihat sebagai calon bagi menggantikan Presiden Andres Manuel Lopez dalam Pilihan Raya Presiden pada tahun 2024.
Pada bulan Mei 2021, 26 terkorban manakala hampir 100 yang lain cedera selepas sebahagian landasan kereta api bawah tanah runtuh.
Siasatan mendapati runtuhan disebabkan struktur binaan tidak stabil.
Susulan insiden itu, 10 bekas pegawai telah didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat namun tidak dijatuhkan hukuman penjara.
#kereta api bawah tanah #ayam terlepas #metro #Claudia Sheinbaum