KETIKA ini, pelbagai negara ada pendekatan berbeza terhadap topeng muka -- sama ada ia perlu dipakai atau tidak -- supaya dapat mengelak jangkitan COVID-19.
Dalam kenyataan terbaharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, pemakaian topeng muka di tempat awam mungkin tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti koronavirus.
Namun, ia boleh menghentikan individu yang positif daripada menjangkiti orang lain.
“Buktinya jelas, pemakaian topeng di tempat awam tidak semestinya akan melindungi anda.
"Namun jika orang yang dijangkiti memakai topeng muka di tempat awam, mereka kurang berkemungkinan untuk menjangkiti orang lain.
“Ketika ini, daripada perspektif WHO, mereka yang positif harus mengasingkan diri dan kita harus pastikan mereka mengasingkan diri,” kata Dr Mike Ryan, Ketua Pengarah Program Kecemasan WHO pada sidang media, Jumaat.
Tegas Dr Mike lagi, topeng muka gred perubatan seharusnya diperuntukkan untuk pekerja di barisan hadapan.
“Kita harus memastikan peralatan perubatan, pembedahan dan topeng bantuan penafasan difokuskan kepada pekerja barisan hadapan.
“Namun, idea untuk menggunakan pelindung mulut untuk elak daripada menyebar jangkitan apabila batuk atau bersin, itu tidak salah,” kata Dr Mike.
Terdahulu, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa orang yang tidak bergejala tiada keperluan untuk memakai topeng muka.
Pada masa yang sama, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat turut mengubah pendirian terhadap topeng muka.
Kini, CDC mengesyorkan rakyat AS memakai topeng muka ketika berada di tempat awam kerana ia dipercayai dapat elak individu positif daripada menjangkiti orang lain.
Namun, tegas Ketua Bedah AS Jerome Adams, topeng muka bukan menjadi pengganti kepada penjarakan sosial.
Presiden Trump pada sidang media itu, bagaimanapun “memilih untuk tidak memakai topeng muka” kerana dakwanya, ia adalah satu pilihan sukarela dan bukan mandatori.
Nailah Huda
Sat Apr 04 2020

WHO kini ubah pendirian terhadap topeng muka yang dilihat dapat elak individu yang positif COVID-19 menjangkiti orang lain. Foto - BERNAMA.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19
Agensi kesihatan terkemuka Amerika pada Rabu mengumumkan ia merancang untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.

Cacar monyet: Texas umum kes pertama libatkan kanak-kanak
Daerah itu masih menunggu pengesahan akhir daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Kes cacar monyet meningkat di New York
Sebanyak 336 kes jangkitan penyakit itu direkodkan tetapi ia mungkin tidak mencerminkan jumlah yang sebenar, menurut Jabatan Kesihatan New York.

COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS
Vaksin tersebut perlu diberi kepada kanak-kanak berumur seawal enam bulan hingga empat tahun.

Hepatitis akut: Adenovirus hipotesis utama - CDC
Kira-kira separuh daripada kanak-kanak yang didiagnos beberapa bulan kebelakangan ini juga dijangkiti sejenis adenovirus.

Pelitup muka: Sekolah bebas pinda peraturan, tetapi perlu patuh CDC
Jen Psaki berkata, sekolah di negeri masing-masing mempunyai hak dalam melaksanakan peraturan berkaitan.

Kesemua 100 monyet terlibat dalam nahas jalan raya berjaya dikesan
Lori membawa kesemua haiwan itu dalam perjalanan ke fasiliti yang diluluskan CDC selepas tiba di di New York dari Mauritius.

Kes COVID-19 Afrika cecah 9.51 juta
Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC).

COVID-19: CDC gesa rakyat AS elak perjalanan ke Sepanyol, Finland
Selain itu 85 destinasi diletakkan pada tahap nasihat perjalanan tertinggi termasuk hampir kesemua kawasan di Eropah.