awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan penumpang udara naik 6.6 peratus tahun ke tahun - IATA

Bernama
Bernama
29/11/2025
06:30 MYT
Permintaan penumpang udara naik 6.6 peratus tahun ke tahun - IATA
Menurut IATA, permintaan antarabangsa meningkat sebanyak 8.5 peratus pada Oktober 2025, kapasiti menokok 7.1 peratus manakala faktor muatan mencatat 1.1 mata peratusan lebih tinggi kepada 84.6 peratus berbanding tahun lepas. - Gambar hiasan/ Reuters
KUALA LUMPUR: Jumlah permintaan, yang diukur mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat sebanyak 6.6 peratus pada Oktober 2025 berbanding tahun lepas manakala tempat duduk tersedia bagi kilometer (ASK) naik 5.8 peratus tahun ke tahun.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam kenyataan hari ini, faktor muatan pada Oktober merekodkan 0.7 mata peratusan lebih tinggi kepada 84.6 peratus berbanding Oktober 2024.
Ketua Pengarahnya Willie Walsh berkata Oktober adalah bulan yang memberangsangkan bagi perjalanan udara terutama berikutan pertumbuhan trafik antarabangsa sebanyak 4.5 peratus bagi syarikat penerbangan berpangkalan di Amerika Utara selepas prestasinya tidak berubah dalam tempoh beberapa bulan.
"Trend dalam tempoh yang masih berbaki tahun ini dilihat menggalakkan: kapasiti tempat duduk yang dijadualkan pada November dijangka meningkat 3.6 peratus manakala 4.7 peratus pada Disember.
"Ini menunjukkan permintaan kukuh terhadap perjalanan untuk percutian dan perniagaan bagi menyelesaikan urusan sebelum akhir tahun," katanya.
Memandangkan prospek ekonomi 2026 yang tidak menentu, Walsh berkata daya tahan permintaan perjalanan udara di samping peluang pekerjaan dan pertumbuhan yang dilahirkan, merupakan peluang cerah yang perlu disokong dengan berhati-hati oleh kerajaan.
Menurut IATA, permintaan antarabangsa meningkat sebanyak 8.5 peratus pada Oktober 2025, kapasiti menokok 7.1 peratus manakala faktor muatan mencatat 1.1 mata peratusan lebih tinggi kepada 84.6 peratus berbanding tahun lepas.
Sementara itu, permintaan domestik menokok 3.4 peratus, kapasiti meningkat sebanyak 3.6 peratus manakala faktor muatan susut 0.1 mata peratusan kepada 84.6 peratus tahun ke tahun.
IATA berkata syarikat penerbangan Asia-Pasifik merekodkan peningkatan permintaan sebanyak 10.9 peratus tahun ke tahun, kapasiti naik 9.1 peratus manakala faktor muatan adalah 1.4 mata peratusan lebih tinggi kepada 84.4 peratus berbanding Oktober 2024.
"Trafik antarabangsa di Asia pula menunjukkan prestasi cemerlang, dengan trafik ke/dari China, Jepun dan Vietnam menikmati pengembangan kukuh, masing-masing melebihi pertumbuhan 10 peratus tahun ke tahun," katanya.
Sementara itu, syarikat penerbangan Eropah menyaksikan peningkatan permintaan sebanyak 7.4 peratus tahun ke tahun, kapasiti meningkat 6.0 peratus dan faktor muatan adalah 1.2 mata peratusan lebih tinggi kepada 86.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#jumlah penumpang udara
#statistik terkini
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan